web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NUBE Komited Berunding Demi Selesai Isu Pekerja

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 9:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) bersedia untuk berbincang dengan kerajaan dan HSBC Bank Malaysia bagi menjaga kepentingan pekerja bank yang terbabit.

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, kesediaan itu disebabkan aduan pihaknya berhubung isu berbangkit terhadap HSBC sudah mendapat perhatian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang mahu kerajaan memudahkan rundingan antara kedua-dua pihak.

Menurut beliau, ILO sebelum ini memaklumkan kerajaan akan kekal di bawah perhatian terhadap sebarang tindakan pembuangan pekerja masa depan atau langkah lain oleh pengurusan HSBC yang menyasarkan ahli NUBE.

“Ini dilaksanakan bagi memastikan tindakan itu tidak didorong sikap anti kesatuan.

“NUBE juga dibolehkan menjalankan aktivitinya dalam persekitaran bebas daripada gangguan, ancaman atau usaha memburukkan kesatuan dan ahlinya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

J Solomon
J Solomon

Kenyataan itu dikeluarkan Jawatankuasa Kebebasan Berpersatuan (CFA) yang menjadi sebahagian daripada mekanisme dan fungsi penyeliaan ILO dalam Badan Pimpinan ILO, malah ia adalah struktur tiga pihak, iaitu bilangan wakil kerajaan, pekerja dan majikan yang sama.

Keputusan CFA diterima pakai Badan Pimpinan ILO yang bermesyuarat di Geneva dua minggu lalu.

Lantaran itu, Solomon menegaskan, NUBE mahu kerajaan menghormati dan melaksanakan syor dikemukakan CFA, selain melihat semula peranan utama mereka, iaitu berkhidmat kepada rakyat serta tidak bersekongkol dengan majikan asing yang mengeksploitasi pekerja.

Beliau berkata, kerajaan sudah meratifikasi dan menerima pakai Konvensyen ILO No 98 Mengenai Hak Berorganisasi dan Perundingan Bersama.

“Bagaimanapun, ia gagal memberikan perlindungan mencukupi dalam undang-undang dan amalan untuk mekanisme berkesan bagi memudahkan proses perundingan kolektif.

“Oleh itu, NUBE sudah memfailkan kes terhadap kerajaan kerana tidak menghormati Konvensyen itu apabila gagal melindungi NUBE dan ahlinya daripada gangguan, penganiayaan serta pembuangan pekerja oleh HSBC Bank Malaysia Berhad semasa proses perundingan kolektif, merangkumi hak untuk piket dan tindakan perhubungan perusahaan,” katanya. 

Jelas Solomon, tindakan HSBC Bank Malaysia, sebuah bank multinasional itu, membawa keburukan dan memalukan kerajaan di peringkat antarabangsa. 

Beliau berkata, dengan tindakan dan cara ia berurusan dengan pekerjanya, bank tersebut menambah senarai eksploitasi buruh oleh syarikat di negara ini.

“CFA sudah mengambil perhatian tindakan anti kesatuan oleh HSBC Bank Malaysia yang dengan sengaja menangguhkan rundingan. 

“Bank tersebut turut menandatangani perjanjian kolektif dengan kesatuan itu selama bertahun-tahun,” katanya.

HSBC sudah secara tidak adil menamatkan perkhidmatan dua ahli NUBE kerana mengambil bahagian dalam aktiviti kesatuan berhubung pertikaian dengan bank.

Lebih 300 rungutan dan pertikaian industri wujud sejak tiga tahun yang lalu di HSBC Bank Malaysia akibat ketidakcekapan dan kegagalan Kementerian Sumber Manusia, selain agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya walaupun banyak rayuan dibuat NUBE.

Sejak aduan dibuat bermula Disember 2020, HSBC Bank Malaysia terus mengabaikan segala bentuk rundingan tulen dan menolak serta menangguhkan mesyuarat untuk menangani masalah ahli kesatuan. - Getaran, 3 April 2022.
 

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran