web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guru Mangsa Macau Scam Rugi RM254,600

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 6:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIPITANG - Akibat terperdaya dengan lakonan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan anggota Polis Diraja Melaysia (PDRM) berpangkat Sarjan, seorang guru berputih mata selepas mengalami kerugian RM254,600.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, mangsa berusia 30-an itu dilaporkan menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa sebagai pegawai LHDN pada 14 Mac lalu.

Katanya, individu berkenaan memaklumkan bahawa nama mangsa didaftarkan ke atas sebuah syarikat yang mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM38,500.90.

“Panggilan tersebut kemudian disambungkan kepada seorang individu yang kononnya anggota polis berpangkat Sarjan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Anggota tersebut memberitahu terdapat satu akaun bank berkaitan dana haram sebanyak RM312,000 dan meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankannya untuk tujuan penyiasatan,” katanya.

Menurut Champin, mangsa diarah memindahkan wang ke dalam enam akaun berbeza sejak 14 Mac hingga 26 Mac lalu.

Bagaimanapun, katanya, mangsa membuat laporan polis pada 30 Mac selepas menyedari dirinya tertipu.

Jelasnya, mangsa turut membuat laporan kerana bimbang dokumen dan identitinya disalahguna.

“Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM254,600 dan kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Champin berkata, sehubungan kes itu, beliau meminta agar orang awam supaya tidak melayan sebarang panggilan daripada pihak tidak dikenali yang mengaku sebagai anggota pihak berkuasa atau agensi kerajaan, termasuk polis, LHDN atau mahkamah.

“Orang ramai juga boleh membuat semakan dengan pihak polis agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan Macau Scam,” tambahnya. – Getaran, 3 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi