web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amal Makanan Berkhasiat, Bekal Tenaga Optimum Sepanjang Ramadan - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 2:03PM

Pengambilan makanan berkhasiat dapat membekalkan tenaga dan nutrien diperlukan badan dengan kadar sederhana ketika bersahur. - Gambar dari Baiq Daling, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai supaya menitik beratkan aspek pemakanan sihat bagi memenuhi keperluan tenaga sepanjang berpuasa. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu perlu dipandang serius setiap rakyat bagi memastikan kesihatan mereka berada pada tahap optimum.

Katanya, Ramadan tahun ini diyakini amat bermakna buat seluruh rakyat memandangkan Malaysia sudah memasuki Fasa Peralihan Endemik sejak 1 April lalu. 

“Ambil makanan berkhasiat yang dapat membekalkan tenaga dan nutrien diperlukan badan dengan kadar sederhana ketika bersahur. 

“Kawal kalori dengan mengamalkan pemakanan yang sederhana dan seimbang mengikut konsep suku suku separuh ketika bersahur serta berbuka bagi mengelakkan peningkatan berat badan berlebihan, obesiti dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD). 

“Suku pinggan daripada kumpulan karbohidrat seperti nasi, roti atau mi; suku pinggan sumber protein seperti ayam, ikan atau telur, manakala separuh pinggan adalah sayur serta buah,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, orang ramai digalakkan mengambil makanan tinggi serat, seperti buah dan sayur bagi mengoptimumkan sistem imuniti badan yang dapat mengelakkan sembelit, penyakit serta membantu memberi rasa kenyang lebih lama. 

Katanya, orang ramai dinasihat mengelakkan pengambilan minuman berkafein yang boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan dan digalakkan meminum dua liter air antara waktu berbuka sehingga sahur. 

“Makan secara perlahan-lahan dan tidak gopoh ketika berbuka. Ambil makanan ringkas terlebih dahulu seperti kurma dan air kosong, seterusnya hidangan berat selepas bersolat Maghrib. Moreh boleh diambil tetapi elakkan dalam kuantiti banyak. 

“Hadkan pengambilan makanan tinggi gula dan kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak serta masin. Utamakan makanan disediakan dengan pelbagai kaedah masakan dan lebih sihat seperti bakar, kukus, panggang serta rebus,” katanya. 

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM menasihati peniaga supaya sentiasa menitik beratkan aspek kebersihan dan keselamatan makanan serta minuman dijual bagi mengelakkan kes keracunan. 

Menurut beliau, kes keracunan makanan tidak boleh dipandang enteng kerana dapat menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan mengancam nyawa.

“Episod keracunan makanan semasa Ramadan mencatatkan penurunan pada tahun 2020, iaitu 22 kes berbanding 36 kes pada tahun sebelumnya.

“Manakala, terdapat peningkatan kes keracunan makanan pada tahun 2021, iaitu sebanyak 39 kes atau 77.3 peratus. 

“Hal ini berkemungkinan besar disumbangkan oleh pembelian juadah makanan di luar setelah kebenaran pengoperasian bazar dilaksanakan pada Ramadan tahun lepas,” katanya. 

Jelasnya, KKM mengingatkan masyarakat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dan mengamalkan norma baharu semasa membeli makanan demi memastikan rantaian jangkitan pandemik itu diputuskan. - Getaran, 3 April 2022.

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad