web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Johor Benar Buka Puasa Di Masjid, Surau, Hanya 50 Orang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 1:05PM

Mohd Fared Mohd Khalid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Bagi mengimarahkan lagi kehadiran bulan Ramadan di Johor, kerajaan negeri membenarkan jamuan berbuka puasa, diadakan di surau dan masjid.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun berkata, hanya 50 orang sahaja dibenarkan.

Katanya sekiranya terdapat lebih daripada 50 orang jemaah, pihak pengurusan masjid dan surau perlulah menyediakan makanan secara berbungkus kepada yang hadir.

“Kita nak maklumkan prosedur operasi standard (SOP) untuk berbuka puasa. Setiap masjid boleh buat berbuka puasa, melainkan lebih 50 orang, mesti berbungkus. Kalau berbuka puasa tidak ramai dalam 20 orang, dibenarkan berhidang.

“Lain-lain SOP untuk aktiviti di masjid dan surau adalah sama seperti sebelum ini, hanya berbuka sahaja kita longgarkan. Solat berjemaah dengan sejadah dirapatkan dan kapasiti jemaah mengikut keluasan masjid,” katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat sunat Tarawih, di Masjid Parit Besar Semerah, malam tadi.

Jelas Mohd Fared lagi, aktiviti masak-memasak di surau dan masjid masih tidak lagi dibenarkan termasuklah memasak bubur lambuk yang menjadi tradisi sebelum ini yang kebanyakannya dilakukan di masjid.

“Edaran dan penyampaian bubur lambuk berkenaan dibenarkan diadakan di masjid dan surau, namun hanya memasaknya sahaja tidak dibenarkan serta perlu dilaksanakan di tempat yang lain,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan