web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terperdaya Gaji Lumayan, 26 Rakyat Malaysia Mangsa Pemerdagangan, Dieksploitasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 9:25PM

Abd Jalil Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 26 rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dan dieksploitasi sebagai buruh paksa di Thailand, Laos, Myanmar serta Kemboja sepanjang tahun 2021 hingga bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata kesemua mangsa, termasuk dua wanita itu dikesan susulan enam laporan polis diperoleh Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) JSJ dalam tempoh terbabit.

Katanya, modus operandi sindiket berkenaan adalah mangsa diperdaya melalui iklan di Facebook mengenai peluang pekerjaan sebagai kakitangan khidmat pelanggan di luar negara dengan tawaran gaji lumayan.

“Mangsa yang tertarik akan berhubung dengan ejen melalui aplikasi WeChat, WhatsApp atau Messenger.

“Selepas mangsa bersetuju dengan syarat pekerjaan, termasuk gaji, waktu kerja dan lain-lain kebajikan, ejen berjanji akan mengurus serta menanggung segala kos perbelanjaan dan perjalanan ke negara  itu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Abd Jalil berkata, sebaik mangsa tiba di destinasi berkenaan, semua dokumen perjalanan, termasuk telefon dirampas dan dimusnahkan.

Jelas beliau, pergerakan mangsa dikawal dan mereka dikurung sebelum dihantar ke destinasi tertentu, seperti Preah Sihanouk, Kemboja; Mae Sot, Thailand; Vientiane, Laos dan Kayin State, Myanmar.

“Mangsa kemudian menyedari pekerjaan sebenar dan merasakan diperdaya apabila dipaksa melakukan pekerjaan perjudian dalam talian, ‘scammer’, pelaburan palsu, perlombongan Bitcoin dan lain-lain penipuan.

“Mangsa juga tidak dibenarkan untuk balik ke negara asal selagi tidak mencapai sasaran sindiket tersebut dan sekiranya ingin pulang, mereka diminta membayar ganti rugi dianggarkan berjumlah RM30,000 hingga RM50,000 setiap seorang,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit adalah rangkaian jenayah rentas sempadan dan beroperasi secara teratur serta mempunyai jalinan luas.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berusaha untuk bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan Polis ASEAN (ASEANAPOL) bagi mengesan serta menyelamatkan semua mangsa.

“PDRM juga akan berkolaborasi dengan Kementerian Luar bagi membantu mempercepatkan proses menyelamatkan mangsa di negara berkenaan,” katanya.

Abd Jalil berkata, siasatan juga dijalankan bagi mengenalpasti ejen yang membuat tawaran kerja dan ‘transpoter’ bertanggungjawab membawa mangsa ke destinasi tertentu.

“Orang ramai dinasihat supaya lebih berhati-hati terhadap tawaran kerja dengan gaji lumayan di luar negara melalui sebarang cara, bagi mengelakkan dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

“PDRM juga mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat yang mempunyai maklumat berhubung sindiket ini untuk menyalurkannya ke balai polis berdekatan,” katanya. - Getaran, 1 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan