web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua ASEAN, Jangan Cipta Isu – Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 9:11PM

Dr Awang Sariyan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa supranasional geopolitik atau melangkaui sempadan negara tidak sepatutnya menjadi isu, memandangkan bahasa itu sudah dipertuturkan penduduk di beberapa negara serantau.

Bahasa Melayu juga sepatutnya diusahakan sebagai bahasa rasmi ASEAN dan bahasa kedua rantau berkenaan seperti dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, kepentingan usaha itu jelas kelihatan apabila Malaysia dan Indonesia bersetuju bersama-sama memperkasakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, berikutan ia adalah bahasa serumpun bagi kedua-dua negara.

“Pada pertemuan Perdana Menteri Malaysia dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, satu daripada perkara disebut ialah pemimpin negara jiran berkenaan menyokong cadangan Ismail Sabri mengenai menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN dan bahasa antarabangsa.

“Pasti persetujuan dan sokongan Presiden Indonesia menambah peluang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN serta di peringkat antarabangsa.

“Indonesia memiliki jumlah terbesar penutur bahasa Melayu walaupun menggunakan nama bahasa Indonesia,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Bagaimanapun, Awang berkata, secara rasional perancangan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN dan usaha memantapkan bahasa itu di peringkat negara perlu berjalan serentak.

Katanya, pemikiran bahawa semua masalah yang ada di peringkat negara terlebih dahulu perlu diselesaikan, sebelum usaha itu diperluaskan di peringkat serantau dan antarabangsa adalah fikiran tidak progresif.

Beliau berkata, selama ini usaha kerjasama serantau melalui Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) sudah berlangsung sejak 1972 dan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) bermula 1995.

“Cadangan Perdana Menteri itu adalah kesinambungan dan peningkatan usaha yang sudah puluhan tahun dimulakan di peringkat serantau,” katanya.

Mengulas lanjut, Awang berkata, nama bahasa Indonesia didasarkan pada proses pembinaan jati diri negara itu, sedangkan bahasa Indonesia berakar daripada bahasa Melayu walaupun kemudian melalui perkembangan sejarah berlainan. 

Katanya, dalam semua forum kerjasama serantau dan antarabangsa, kedua-dua dialek besar bahasa Melayu, iaitu dialek Indonesia dan dialek Melayu di negara lain, termasuk Malaysia, disebut Bahasa Melayu-Indonesia.

Mengulas mengenai salah faham segelintir pihak berhubung isu bahawa cadangan Perdana Menteri itu kurang sesuai dilaksanakan, Awang berkata ia dicetuskan salah faham.

“Cadangan Perdana Menteri bukan membataskan bahasa Melayu dalam konteks Malaysia semata-mata, tetapi bahasa Melayu sebagai bahasa supranasional yang merentas negara serantau.

“Yang dimaksudkan beliau ialah bahasa Melayu yang turut dituturkan terdapat di Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Thailand, Filipina, Kampuchea, Laos, Vietnam, Myanmar dan Timor Leste,” katanya.

Terdahulu, umum mengetahui Ismail Sabri mahu memartabatkan bahasa Melayu ke pentas dunia.

Usaha itu dapat dilihat menerusi kesungguhan beliau menggunakan bahasa Melayu semasa lawatan rasminya ke Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand dan Vietnam, baru-baru ini.

Semasa sesi soal jawab di Dewan Negara pada 23 Mac lalu, Ismail Sabri berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

Katanya, selain Malaysia, beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina serta di sebahagian Kemboja turut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. – 1 April 2022
 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad