web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia, Indonesia Sepakat Perkasa Bahasa Melayu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 6:27PM

Ismail Sabri mengadakan sidang media bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo setelah menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Istana Merdeka, Jakarta, hari ini. - Gambar dari Facebook Ismail Sabri Yaakob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Malaysia dan Indonesia akan terus sama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu yang berkemungkinan dijadikan sebagai Bahasa ASEAN satu hari nanti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kedua negara sepakat untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa.

"Kita berterima kasih kepada Bapak Presiden kerana bersetuju dengan Malaysia untuk memperkasakan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa serumpun,” kata perdana menteri.

Menurutnya Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Malaysia, Indonesia, Brunei, Selatan Thailand, Kemboja dan Filipina.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo selepas menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Istana Merdeka, di sini, hari ini.

Menyentuh isu serantau, Ismail Sabri berkata kedua-dua negara bersetuju isu Rohingya perlu diselesaikan secara dalaman oleh kerajaan Myanmar sendiri, dan menurutnya ia adalah isu besar bagi Malaysia memandangkan ketika ini terdapat 200,000 orang pelarian Myanmar Rohingya di Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad