web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KLIA Terima Penerbangan Pertama Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 11:28AM

Ketibaan pesawat Etihad ini disambut dengan semburan air sebagai simbolik kepada pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Pesawat Saudi Airlines dari Jeddah, Arab Saudi menjadi pesawat pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena pembukaan sempadan negara secara rasmi hari ini.

Pesawat yang turut membawa bersama  jemaah umrah tempatan itu tiba kira-kira 1 pagi tadi.

Sementara itu, sebuah pesawat sewa khas dari Yangon, Myanmar  yang membawa 21 penumpang tiba kira-kira 3.15 pagi di KLIA.

Seorang penumpang, Mohd Akram Amri, 35, berkata urusan kepulangannya dari Myanmar ke Malaysia kali ini lebih mudah dan cepat dengan hanya kira-kira 10 minit berbanding lebih dua jam sebelum ini.

"Sebelum sempadan dibuka, masa itu ketat, ada ujian RT-PCR dan kena kuarantin 14 hari tapi sekarang proses lebih senang apabila sempadan dah buka," kata bapa kepada empat anak yang bekerja selama tiga bulan di luar negara.

Berdasarkan paparan jadual penerbangan di KLIA, sekurang-kurangnya 17 penerbangan antarabangsa akan tiba di KLIA antaranya dari Jeddah, Arab Saudi; Yangon, Myanmar; Kathmandu, Nepal; Dhaka, Bangladesh; Melbourne, Australia; Chennai dan Hyderabad, India; London-Heathrow; Jakarta, Indonesia;  Muscat, Oman; Singapura dan Doha, Qatar sehingga 9.30 pagi ini.

Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara dibuka semula pada 1 April selari dengan perancangan negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad