web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Meningkat, 108 Kategori Serius

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 12:15PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15,941 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, meningkat sedikit berbanding 15,215 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,183,359 kes.

Katanya, jumlah direkodkan itu membabitkan 15,773 kes tempatan dengan 168 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu tidak bergejala, dengan jumlah 68,359 kes atau bersamaan 52.44 peratus. Sebanyak 7,474 kes pula berada dalam kategori 2 atau bergejala ringan.

“Lima puluh kes iaitu 0.32 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (26) serta kategori 5 (32),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 108 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 26 kes iaitu 24.07 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 45 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 37 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 57 pesakit berumur 60 tahun ke atas, 63 kes mempunyai komorbiditi manakala tiada kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 33 kematian baharu direkodkan semalam dengan 11 kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 34,939 dengan 7,373 daripadanya adalah kes BID.

“Kedah dan Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu masing-masing enam kes, diikuti Perak dan Kuala Lumpur (masing-masing empat), Pahang dan Sarawak (masing-masing tiga), Pulau Pinang dan Selangor (masing-masing dua) serta Kelantan, Negeri Sembilan dan Sabah (masing-masing satu).

“Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Terengganu, Labuan dan Putrajaya,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, terdapat pertambahan satu kluster di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan hingga kini terdapat 207 kluster yang masih aktif di negara ini.

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,932 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 275 kes iaitu 121 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 168 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 21,186 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 3,941,829 kes. - Getaran, 31 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan