web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Bapa Harus Pastikan TASKA Ada KAP Sebelum Hantar Anak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 9:00AM

Yuseri Yusoff, bapa kepada Nour Rania Asyifaa memangku jenazah anaknya untuk urusan pengebumian ketika ditemui di luar perkarangan bilik forensik Hospital Tuanku Jaafar pada 23 Februari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Insiden kanak-kanak berusia 15 bulan meninggal dunia dipercayai akibat leher terjerut pada kain buaian di sebuah pusat asuhan di Negeri Sembilan bulan lalu, bukan sahaja mengejutkan dan mengundang simpati ramai, tetapi juga menerima liputan meluas pelbagai pihak termasuk netizen yang mahu mengetahui kisah sebenar di sebalik kes terbabit.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 3 petang di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan itu, Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri selepas didakwa lehernya tersangkut pada kain buaian.

Meskipun hasil bedah siasat dijalankan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban mengatakan punca kematian adalah disebabkan tekanan di leher, kecaman orang ramai terus ‘menghantui’ pengasuh yang didakwa tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah.

Bukan setakat itu, mereka mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci bagi memastikan keluarga mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

Lebih membangkitkan kemarahan apabila pusat asuhan itu disahkan tidak berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) 1984, malah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Rosnah Sardi memaklumkan, siasatan lanjut mendapati ia tidak mematuhi peraturan keselamatan ditetapkan mengenai pengasuh serta penjagaan kanak-kanak.

Selepas lebih sebulan berlalu, kejadian menimpa Nour Rania Asyifaa Yuseri semakin ‘panas’ apabila bapa kanak-kanak itu, Yuseri Yusoff, 39, bersuara menerusi perkongsian luahan hatinya di Facebook bahawa beliau cukup yakin bahawa anaknya bukan terjerut, sebaliknya dijerut.

Kata beliau, kenyataan pengasuh semasa siasatan polis memaklumkan alat yang menjerut kanak-kanak itu adalah buai kain menimbulkan keraguan apabila impak jerutan terbabit berbentuk satu garisan lurus, menyerupai kesan tali wayar atau kabel.

Malah, gambar kesan kecederaan pada leher anaknya itu yang dihantar kepada pakar forensik di luar negara menunjukkan ia bukan akibat jerutan kain, tetapi berpunca daripada jerutan tali, wayar atau kabel.

Justeru, Yuseri meminta supaya siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 itu, disiasat semula dengan diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Di Malaysia, antara kandungan Dasar Kanak-Kanak Negara adalah bagi memastikan setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi jagaan, pemeliharaan, kasih sayang, perkhidmatan kesihatan, sokongan dan bantuan sosial.

Setiap kanak-kanak, termasuk dari golongan kelainan upaya (OKU) turut mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi, seterusnya diberi habilitasi, rehabilitasi serta diintegrasi ke dalam keluarga dan masyarakat.

Mengulas isu kejadian menimpa Nour Rania Asyifaa, Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Mazlina Che Mustafa berkata, sememangnya siasatan pembelaan dan susulan mengikut saluran betul harus dijalankan sebaik mungkin bagi memastikan haknya sebagai kanak-kanak diperjuangkan dan tidak boleh diabaikan.

Profesor Madya Dr Mazlina Che Mustafa
Profesor Madya Dr Mazlina Che Mustafa

“Sepatutnya kita ada satu siasatan khusus lah, tak semestinya boleh mengesahkan mati mengejut, kecuali pengesahan itu dilakukan pihak berkuasa, seperti pihak kesihatan.

“Pengesahan daripada pihak berkuasa ini supaya tidak timbul spekulasi sebab bila ada spekulasi kesan lebih buruk, jadi kena ada maklumat tepat,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan pihak berkuasa untuk tidak mendedahkan perkembangan kes Nour Rania Asyifaa berkemungkinan kerana proses siasatan masih lagi dijalankan.

“Cuma kadang-kadang pihak berkuasa tak dedahkan, termasuk kepada media kerana masih dalam siasatan.

“Kalau masih dalam siasatan dan pihak berkuasa buat makluman yang belum konklusif, takut nanti menjadi isu lain pula,” katanya.

Mazlina berkata, kejadian seumpama itu juga seharusnya membuka mata semua pihak untuk melihat kembali kepentingan di sebalik tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mewajibkan pengusaha semua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), sama ada di rumah, komuniti, tempat kerja atau institusi mendaftarkan operasi.

Jelasnya, pendaftaran itu bagi membolehkan TASKA berkenaan memberikan perkhidmatan berdasarkan penyeliaan daripada JKM.

Menurut Mazlina, TASKA yang berdaftar akan dikendalikan pengusaha, pengurus, penyelia, pengasuh dan pendidik yang memiliki pengetahuan profesional yang diberikan menerusi Kursus Asuhan PERMATA (KAP) di bawah JKM.

“Bila berdaftar, TASKA ini dikendalikan individu yang memahami perkembangan kanak-kanak, tahu hak kanak-kanak dan mampu melaksanakan tugas dengan profesionalisme tinggi.

“Jadi kalau pengusaha yang tak ada sijil KAP, itu maksudnya amalan di TASKA berkenaan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepatutnya, malah keselamatan anak dikhuatiri tidak terjamin atau berisiko,” katanya.

Pada masa sama, Mazlina berkata, ibu bapa juga seharusnya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan anak dihantar ke TASKA berdaftar.

“Dengan memilih TASKA yang berdaftar, kita boleh mengurangkan risiko pengusaha itu yang tidak ada pengetahuan.

“KAP diberikan itu memang banyak membantulah dan memperjuangkan hak kanak-kanak,” katanya yang juga Pensyarah di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak UPSI. - Getaran, 31 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 4 tahun yang lalu

Urusan Pendaftaran Taska, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Rumit, Melecehkan?

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad