web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ugut Cederakan Penghutang, Sindiket Lintah Darat Ditumpaskan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 9:04PM

4 individu dipercayai berperanan sebagai ‘pegawai khidmat pelanggan’ ditahan di Bandar Bukit Jalil, semalam kerana didakwa mengugut untut mencederakan seorang kakitangan kerajaan yang gagal melunaskan hutang. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan satu sindiket Ah Long dengan menahan empat individu dipercayai berperanan sebagai ‘pegawai khidmat pelanggan’ di sebuah premis di Bandar Bukit Jalil, semalam.

Aktiviti sindiket dipercayai beroperasi sejak empat bulan lalu di ibu negara itu, terbongkar susulan laporan dibuat seorang kakitangan kerajaan selepas keluarganya diugut dicederakan hanya kerana gagal melunaskan hutang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, mangsa membuat pinjaman peribadi kepada lintah darat terbabit sebanyak RM2,000 secara atas talian.

Bagaimanapun, menurutnya, mangsa gagal membayar hutangnya disebabkan ‘bunga’ dikenakan terhadapnya adalah terlalu tinggi.

“Akibatnya, keluarga pengadu diugut untuk dicederakan melalui beberapa panggilan telefon jika gagal membayar hutang tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat tersebut, pihaknya menyerbu sebuah premis di Bandar Bukit Jalil sebelum menahan empat lelaki berusia 18 hingga 25 tahun yang berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan.

Menurutnya, kesemua suspek bekerja bersama sindiket dengan gaji sekitar RM2,000 hingga RM2,500 sebulan dan mereka direman sehingga 31 Mac ini untuk membantu siasatan.

“Polis turut merampas 13 unit telefon bimbit, sembilan keping kad bank dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan Ah Long terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah),” katanya. - Getaran, 29 Mac 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan