web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakan Siasatan Menyeluruh Bagi Memastikan MySejahtera Dikendali Dengan Telus - Anwar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 8:20PM

Anwar Ibrahim - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Parlimen menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenalpasti segala perkara membabitkan MySejahtera dilaksanakan secara telus, sekali gus memastikan aplikasi itu tidak disalah guna.

Menurutnya, siasatan itu juga untuk melindungi konsep kerahsiaan data peribadi supaya ia dilindungi dari ‘watak tamak’ yang hanya mahu mencari keuntungan daripada maklumat rakyat Malaysia.

Beliau berkata, sehingga saat ini, persoalan mengenai pemilikan MySejahtera dan data aplikasi terbabit terus kabur, meski ada cubaan daripada pihak menteri untuk menjelaskannya.

“Menteri Kesihatan kata ‘bila saya mengambil alih Kementerian Kesihatan (KKM), saya buat keputusan untuk pastikan bahawa pengurusan aplikasi MySejahtera dibawa ke KKM sebab saya dapati bahawa selama tempoh pandemik, tiada kontrak antara pihak KPISoft dengan kerajaan’.

“Kenyataannya itu juga bermaksud bahawa kontrak rundingan dengan KPISoft/Entomo, iaitu syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi MySejahtera hanya bermula saat beliau memegang jawatan tersebut pada bulan Ogos 2021, iaitu 16 bulan setelah aplikasi MySejahtera diluncurkan.

“Maksudnya selama 16 bulan kerajaan bersama dengan KPISoft/Entomo mengawal selia penggunaan dan data aplikasi MySejahtera tanpa sebarang perjanjian,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, menurut laporan, KPISoft/Entomo adalah 100 peratus syarikat milik sebuah entiti Singapura, iaitu Entomo Pte Ltd berdasarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Justeru, katanya, ia membimbangkan tatkala kerajaan Malaysia sudah membabitkan entiti asing tanpa kontrak atas matlamat tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membangun dan menguruskan perisian yang mengumpul data peribadi serta sensitif rakyat Malaysia.

“Saya juga terkejut bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada bulan April 2020 membenarkan entiti asing untuk membangun dan mengurus aplikasi yang sangat penting kepada kepentingan keselamatan negara.

“Kebenaran itu yang tidak hanya membolehkan entiti asing berkenaan punya akses kepada maklumat kesihatan dan peribadi tanpa perjanjian bertulis, tapi mempunyai pemilikan ke atas kerahsiaan serta data aplikasi tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, daripada menjelaskan berhubung persoalan itu, Kabinet kini sedang mempertimbangkan untuk menganugerahkan MySJ Sdn Bhd kontrak secara runding terus untuk MySejahtera.

Jelasnya, Menteri Kesihatan gagal untuk menjawab soalan dikemukakan beliau mengenai tender terbuka dalam hal terbabit yang membawa maksud terdapat aspek tersembunyi daripada pengetahuan umum berhubung MySejahtera.

“Tidak mungkin rakyat akan tahu data apa yang sudah disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk tujuan tertentu oleh entiti asing ini,” katanya.

Menteri bertanggungjawab dan Kabinet, tegasnya, boleh sahaja menafikannya, namun sekiranya mengambil kira bahawa tidak ada sebarang perjanjian yang telus bermula dari April 2020, rakyat Malaysia wajar untuk mempunyai syak wasangka serta berasa bimbang.

“Rakyat Malaysia mahu tahu di manakah data itu disimpan? Apakah ia disimpan di dalam persekitaran selamat dengan akses terhad? Mekanisme apa diguna pakai bagi mengelakkan pihak ketiga dari mengakses dan mencuri data mereka?

“Apa jenis perlindungan rakyat ada bagi mengelakkan data itu disalah guna yang akan mengakibatkan mereka dianiaya, ditipu dan didiskriminasi?,” soalnya. – Getaran, 29 Mac 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan