web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangguh Bina CIQ Kalabakan, Kerajaan Persekutuan Digesa Henti Diskriminasi Sabah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 6:52PM

Rina Jainal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kerajaan Persekutuan digesa menghentikan diskriminasi ke atas pembangunan di Sabah susulan keputusannya menangguhkan projek pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kalabakan yang bernilai RM600 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata, ia jelas menunjukkan tiada kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam mengangkat pembangunan negeri di bawah bayu berkenaan.

“Ketika Indonesia bersiap sedia menjadikan Kalimantan Timur sebagai ibu negara baharu, kerajaan Pusat (Persekutuan) pula mengambil pendekatan menangguhkan pembinaan CIQ Kalabakan.

“Pembangunan CIQ ini satu keperluan dan memberi banyak implikasi, terutama membabitkan pulangan ekonomi kepada Sabah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Rina, pembinaan kompleks itu juga boleh mengatasi masalah penyeludupan yang banyak berlaku di daerah berkenaan apabila aktiviti terbabit ‘dihalalkan’ dengan kawal selia daripada pihak berkuasa secara perundangan.

“Bermula daripada Projek Lebuh Raya Pan-Borneo yang lewat disiapkan, pemansuhan bayaran 40 peratus hasil bersih daripada kutipan cukai Kerajaan Persekutuan kepada Sabah, Putrajaya (Kerajaan Persekutuan) sekali lagi mencabul hak pembangunan di negeri ini menerusi penangguhan pembinaan CIQ Kalabakan.

“Ini adalah satu tamparan hebat buat rakyat Sabah dan ‘hadiah’ kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sempena ulang tahun pelancaran Sabah Maju Jaya,” katanya.

Rabu lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menjawab secara bertulis soalan Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman di Parlimen dilaporkan berkata, CIQ Kalabakan ditangguhkan berikutan tiada peruntukan disalurkan daripada Kementerian Kewangan.

Hassan A Gani Pg Amir
Hassan A Gani Pg Amir

Sementara itu, ADUN Sebatik daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Hassan A Gani Pg Amir kecewa dengan keputusan Kerajaan Persekutuan tersebut.

“Kita seharusnya sudah mula membina kemudahan asas seperti CIQ dan Lebuh Raya Trans-Borneo yang menghubungkan Sabah-Kalimantan.

“Justeru, saya memohon Kerajaan Persekutuan menarik balik keputusan penangguhan pembinaan projek mega berkenaan,” katanya.

Andi Muhammad Suryady Bandy
Andi Muhammad Suryady Bandy

Manakala, ADUN Tanjung Batu daripada UMNO, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, pembinaan CIQ Kalabakan seharusnya menjadi keutamaan Kerajaan Persekutuan memandangkan ia sudah lama tertangguh.

“Jika kita menangguhkan pembangunan dan pembinaan CIQ, sudah tentu Sabah tidak akan menerima manfaat perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur.

“Ketika ini, Indonesia giat membangunkan Kalimantan Timur untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran baharu negara jiran berkenaan,” katanya. – Getaran, 29 Mac 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad