web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fokus, Laksana Janji Ketika PRN - Sultan Johor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 4:17PM

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mendengar lafaz angkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mengingatkan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya kekal fokus dan melaksanakan janji-janji atau ikhtiar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berdasarkan portfolio masing-masing.

Baginda bertitah kepentingan rakyat di negeri ini mesti menjadi keutamaan dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri perlu bekerjasama dengan semua pihak serta menjalankan tugas dengan sebaiknya, sekiranya tidak mahu diganti oleh calon lain.

Jelas baginda tugas semua exco kerajaan negeri Johor sudah bermula daripada saat mereka mengangkat sumpah jawatan dan perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan jujur.

“Jangan lupa anda juga adalah wakil rakyat di kawasan masing-masing. Rajin-rajinlah balik dan bertemu mereka, bukan hanya muncul masa kempen atau terlalu selesa di pejabat sahaja. Ini bukan lagi masa ‘berbulan madu’.

“Masa kempen kamu telah berjanji kepada mereka, sekarang inilah masa untuk tunaikan sebaiknya, bekerja dengan penuh dedikasi. Saya akan sentiasa memantau prestasi semua Exco," titah Sultan Ibrahim yang dimuat naik di laman Facebook rasmi baginda, hari ini.

Terdahulu 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, pagi ini.

Mereka yang mengangkat sumpah adalah Ketua Pemuda UMNO Johor dan ADUN Larkin Mohd Hairi Mad Shah; Ketua Wanita Bahagian Ledang Khairin Nisa Ismail (ADUN Serom), Ketua Pemuda MIC Kebangsaan K. Raven Kumar (Tenggaroh), Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap) dan Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah).

Turut mengangkat sumpah, Ketua Puteri UMNO Kota Tinggi yang juga ADUN Johor Lama Norliza Noh, Ketua Pemuda MCA Johor Ling Tian Soon (ADUN Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh) dan Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan