web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPM 2021 Sesi Kedua akan dilaksanakan 5 April - 19 Mei

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 2:16PM

Ppeperiksaan SPM 2021 sesi kedua akan dilaksanakan bagi calon yang tidak dapat menduduki ujian-ujian berkenaan yang dijalankan pada 8 Februari hingga 29 Mac. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan bermula 5 April hingga 19 Mei.

Peperiksaan sesi kedua itu merangkumi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan peperiksaan SPM 2021 sesi kedua itu dilaksanakan bagi calon yang tidak dapat menduduki ujian-ujian berkenaan yang dijalankan pada 8 Februari hingga 29 Mac.

"Calon-calon terlibat adalah yang disahkan positif COVID-19, perlu menjalani tempoh kuarantin seperti yang diarah oleh Kementerian Kesihatan, calon yang terkesan akibat banjir atau kes-kes khas yang mendapat kelulusan Pengarah Peperiksaan.

"Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon yang terlibat dengan peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua untuk menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan yang ditetapkan, tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan mulai 1 April 2022," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan semua maklumat berkenaan boleh diakses melalui pautan https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi mobile e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

Jadual waktu peperiksaan SPM 2021 sesi kedua serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung juga boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my mulai 1 April ini.

Kementerian itu turut mengingatkan calon membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang dicetak ke pusat peperiksaan. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad