web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penurunan Indeks Jenayah Negara Bukti Kredibiliti Tinggi PDRM - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 11:09AM

Ismail Sabri menghadiri sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini. Turut hadir, Acryl Sani (dua, kanan). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dalam penurunan indeks jenayah negara sekali gus membuktikan kredibiliti tinggi dalam menjaga keamanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun hampir seluruh kekuatan jentera pasukan dikerah untuk penugasan Op COVID-19, PDRM tetap komited mengimbangi keutamaan perkhidmatan memerangi jenayah dan mengekalkan keharmonian masyarakat serta keamanan negara.

Beliau berkata jenayah indeks bagi tahun 2021 menunjukkan penurunan iaitu 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada 2020.

Bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini pula, jenayah indeks turut turun kepada 8,484 kes berbanding 9,773 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang sanggup mengetepikan kepentingan diri, berhujan panas, memerah keringat dan mendedahkan diri kepada risiko jangkitan dan bencana,” katanya ketika berucap pada sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.

Ismail Sabri turut melahirkan penghargaan terhadap anggota PDRM, sebagai barisan hadapan yang banyak membantu meringankan beban Keluarga Malaysia ketika pandemik COVID-19.

Beliau berkata negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April, namun memohon rakyat untuk bekerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata kerajaan sedar tugas kepolisan dalam menangani kes jenayah semakin kompleks, terutama dengan kewujudan teknologi dan pelbagai aplikasi media sosial yang disalah guna untuk perbuatan jenayah.

Beliau berkata semua ini menuntut PDRM menanganinya secara tegas, strategik dan berkesan demi memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara.

Ismail Sabri berkata kerajaan amat prihatin terhadap keperluan PDRM untuk meningkatkan keupayaan dalam menghadapi dan membanteras kejadian jenayah kerana soal keselamatan bukan perkara yang boleh dipandang remeh.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata dalam konteks menjaga keamanan negara, bebanan itu tidak sepatutnya diletakkan atas bahu pasukan keselamatan seperti PDRM semata-mata.

“Saya menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia supaya berganding bahu dan bekerjasama dengan PDRM bagi mengurangkan jenayah dan membanteras tindakan anasir yang cuba menggugat kedaulatan negara dan ketenteraman awam,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran