web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masyarakat Digesa Lapor Salah Laku Kaki Ponteng Puasa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 8:20AM

Umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Penduduk setempat digesa membantu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dengan melaporkan sebarang salah laku umat Islam yang ponteng puasa pada bulan Ramadan agar tindakan segera dapat diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Kedah Datuk Najmi Ahmad berkata maklumat awam sangat diperlukan bagi membantu penguatkuasaan berikutan masyarakat lebih dekat dan  mengetahui taktik golongan itu.

"Kadang-kadang yang buka kedai makan itu jiran atau kawan mereka, jadi mereka perlu mainkan peranan melaporkan hal berkenaan. Kalau penguat kuasa hendak periksa semua kedai makan satu-satu agak sukar, tetapi apabila ada laporan kita boleh ambil tindakan segera dengan lebih berkesan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Menghormati Bulan Ramadan 1443H di sini, semalam. 

Mengenai kempen itu, Najmi berkata lebih 100 anggota penguat kuasa JHEAIK akan digerakkan bagi memantau premis menjual makanan yang melakukan kesalahan sepanjang Ramadan nanti. 

Katanya pemantauan berterusan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dijalankan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, Seksyen 14, kerana tidak menghormati bulan Ramadan.

Menurutnya antara kesalahan yang dinyatakan adalah menjual kepada orang Islam makanan, minuman, rokok atau benda seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta merta, dan secara terbuka di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain seumpamanya.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad