web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FINAS Jadi Peneraju Utama Selesaikan Isu KWSP Penggiat Seni

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 10:55AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan dijadikan sebagai peneraju utama dalam menyelesaikan isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan artis dan penggiat seni bebas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata Finas telah menyerahkan perancangan Pasukan Petugas Industri Kreatif kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebelum diteliti untuk penambahbaikan industri itu termasuk melibatkan kebajikan penggiat seni.

"Di samping itu, cara lain kita hendak bincang dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Kewangan (MOF) di mana advertisement (bayaran iklan) dapat kita salurkan kepada Finas supaya pihaknya (Finas) dapat membayar KWSP kepada pelakon yang sudah daftar di bawah mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada penggiat industri daripada pelbagai latar belakang seni sempena sambutan Hari Seniman Negara 2022 di Kompleks Studio Merdeka, dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) K-KOMM Mastura Ahmad Mustafa, Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid, wakil-wakil persatuan seni dan penggiat seni. 

Zahidi berkata Sambutan Hari Seniman Negara 2022 itu disambut bagi memperingati jasa sumbangan seniman dan seniwati yang telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri dalam industri seni tanah air.

"Kita berharap bukan sahaja penerbit (dan) pelakon hebat yang dapat dilahirkan tetapi terdapat syarikat filem (hasilkan kualiti) yang bermutu di negara kita," katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa sebelum ini dilaporkan berkata Sambutan Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee bagi memperingati jasa dan sumbangan seniman agung tanah air itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata perbadanan itu telah mewajibkan semua kru produksi untuk mencarum KWSP bagi artis, pelakon serta pekerja belakang tabir.

"Ini langkah pertama dan masuk dalam perjanjian antara Finas dan penerima dana (kru produksi). Wang berkenaan boleh digunakan di hari tua sekiranya sudah tidak aktif berlakon," katanya.

Md Nasir juga berkata Finas akan berbincang dengan KSM dan MOF bagi membolehkan penggiat seni, khususnya yang bergerak secara bebas, juga dicarum dalam KWSP oleh majikan mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad