web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


1, 394 Kes Masuk Hospital, 9 Negeri Guna Katil ICU Lebih 50 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 4:43PM

9 negeri dilaporkan merekodkan penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,394 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kesemua lima kategori.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 554 kes (39.7 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 840 kes lagi (60.3 peratus) kategori 1 dan 2.

Menurut beliau, sembilan negeri dilaporkan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Katanya, penggunaan katil ICU paling tinggi dicatatkan di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 67 peratus dengan 20 daripada 30 katil yang dikhaskan sudah digunakan.

“Selain itu Putrajaya turut menggunakan 67 peratus daripada keseluruhan tiga katil ICU di wad tersebut.

“Sebanyak tujuh daripada 11 katil di Perlis juga sudah diisi pesakit COVID-19 manakala di  Kelantan pula sudah menggunakan 63 peratus katil yang dikhaskan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, Johor dan Selangor pula masing-masing sudah menggunakan 59 dan 58 peratus katil yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19.

“Di Sarawak, sebanyak 53 peratus katil sudah diisi pesakit COVID-19 manakala Perak dan Pulau Pinang pula masing-masing merekodkan penggunaan katil sebanyak 51 peratus,” katanya.

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, terdapat dua negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 80 peratus iaitu di Selangor dengan 91 peratus dan Putrajaya (83 peratus).

“Selain itu, sembilan negeri merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Kuala Lumpur (77 peratus), Terengganu (76 peratus), Perak (71 peratus), Perlis (69 peratus), Kelantan (59 peratus), Melaka (58 peratus), Negeri Sembilan (55 peratus), Johor (52 peratus) dan Sarawak (51 peratus).

"Untuk penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, tiada negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus,” katanya.

Pada masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 217 pesakit dengan peratusan penggunaan alat tersebut sebanyak 25 peratus. - Getaran, 20 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad