web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengusaha Bas Sekolah Mohon Pemeriksaan Puspakom Setahun Sekali

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 3:21PM

GPBSM mohon supaya kerajaan mempertimbangkan agar pemeriksaan bas sekolah di Puspakom dilaksanakan setahun sekali. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) meminta kerajaan mempertimbangkan supaya pemeriksaan bas sekolah di pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom) dilaksanakan setahun sekali.

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusoff berkata ia bagi memudahkan pengusaha bas sekolah menghadirkan diri bagi pemeriksaan Puspakom memandangkan sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan.

"Dahulu bas sekolah boleh potong giliran menunggu dan buat pemeriksaan sebab nak ambil pelajar sekolah. Sistem yang diubah Puspakom sekarang ini dilihat menyusahkan pengusaha bas, ini kerana sistem tempahan janji temu atas talian ini kadang kala terhad.

“Jadi apabila kenderaan masuk pemeriksaan, gagal dan keluar, mereka harus menunggu bagi kekosongan tempahan semula untuk pemeriksaan...ini sekali gus menyebabkan ramai pengusaha sudah putus asa kerana terlalu banyak masalah dihadapi bagi meneruskan perkhidmatan bas sekolah," katanya kepada Bernama selepas Mesyuarat Agong Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Negeri Sembilan (PPBSNS) Ke-20 di sini hari ini.

Justeru, Mohd Rofik yang juga Pengerusi PPBSNS berkata satu penyelesaian drastik perlu dilakukan pihak berkaitan bagi menangani perkara itu sekali gus membantu mengurangkan beban pemandu bas yang bergantung kepada pekerjaan tersebut bagi meneruskan kehidupan.

Dalam pada itu, Mohd Rofik turut meminta kerajaan membenarkan permit bas sekolah diperbaharui dalam tempoh lima tahun seperti yang dilaksanakan sebelum ini berbanding maksimum hanya dua tahun pada masa ini.

Menurutnya ia bagi melancarkan urusan pemandu bas lebih-lebih sesi persekolahan sudah dibuka dan negara juga akan melalui peralihan fasa ke endemik kelak dengan semua sektor ekonomi sudah mula dilaksanakan tanpa sekatan. 

Beliau turut berharap sesi persekolahan yang bermula esok tidak akan ditangguhkan lagi supaya pengusaha bas sekolah boleh 'bernafas’ semula demi kelangsungan hidup.

“Pengusaha bas sekarang ini dalam dilema sama ada sekolah akan terus dibuka atau kembali kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), kalau PdPR dijalankan, ia akan menjadi masalah kepada kami kerana tambang bas dibayar tidak penuh,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar