web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pamer Aksi Berbahaya, 14 Penunggang Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 2:40PM

Polis menahan 14 lelaki kerana menunggang motosikal dalam keadaan bahaya termasuk melakukan aksi Superman dan zig-zag dari Kilometer (Km) 262 hingga Kilometer 267 PLUS arah ibu negara. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aksi berbahaya dipamerkan sekumpulan 14 lelaki yang menunggang motosikal mengundang padah apabila mereka ditahan dalam operasi berasingan awal pagi tadi.

Aksi 'Superman', bersaing sesama sendiri dan zig-zag itu dikesan dari Kilometer (Km) 262 hingga Kilometer 267 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ibu negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, sebahagian yang ditahan itu dikesan pegawai dan anggota polis yang sedang membuat pemantauan di lebuh raya berkenaan, kira-kira jam 12.10 tengah malam.

"Polis kemudian menahan empat lelaki di perkarangan stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga lagi lelaki ditahan di hadapan sebuah rumah di Batu 13, Kampung Simpang Balak, Kajang, jam 12.45 tengah malam tadi selepas mereka turut melakukan aksi sama di KM 16 hingga Km 14 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah Kajang.

"Tujuh lelaki lain ditahan jam 1 pagi di sebuah stesen minyak selepas melakukan aksi sama dari KM 276 hingga Km 282 Lebuh Raya PLUS.

"Semua yang ditahan itu berusia 19 hingga 23 tahun dan sebanyak 41 saman dikeluarkan ke atas mereka membabitkan pelbagai kesalahan trafik,” katanya.

Siasatan lanjut jelas Mohd Nadzri, dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 19 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik