web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


105 Kematian Baharu COVID-19, Perak Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 10:28AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 105 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 29 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 34,099 dengan 7,128 daripadanya adalah kes BID.

Perak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 21 kes, diikuti Kedah (17), Johor (13), Selangor (12), Pahang dan Kuala Lumpur masing-masing tujuh manakala Melaka dan Sabah, lima kes di setiap negeri.

Sementara itu, Pulau Pinang mencatatkan empat kes, masing-masing tiga di Negeri Sembilan, Sarawak dan Terengganu manakala dua kes masing-masing di Kelantan dan Perlis serta Putrajaya (1).

Tiada kematian dilaporkan di Labuan.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak  299,331 kes aktif dilaporkan dengan 289,043 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 2,082 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 7,832 sedang menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 374 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 233 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 33,009 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 47,773 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 33,058 dos penggalak, 12,788 dos pertama dan 1,927 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,779,848 atau 78.9 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,939,552 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek