web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MoU Malaysia-Indonesia Libatkan Pembantu Rumah, Ditunda 1 April

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 4:45PM

M. Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kemasukan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) meliputi pembantu rumah yang akan ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia ditunda pada 1 April ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata sebelum ini majlis menandatangani MoU itu dijadual berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Jumaat ini, namun ditunda bagi membolehkan kedua-dua pemimpin negara hadir menyaksikan MoU itu.

“MoU ini ditetapkan pada 18 Mac ini bagaimanapun, Pak Jokowi (Presiden Indonesia Joko Widodo) ingin menyertai untuk menyaksikan MoU ini. Jadi bila ada Presiden, kita kena ada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

“Beliau (Ismail  Sabri) ada satu lagi majlis (minggu ini) iaitu Perhimpunan Agung UMNO. Jadi (majlis menandatangani MoU) ditunda ke 1 April di Jakarta yang mana pemimpin kedua-dua negara akan ada untuk menyaksikan majlis MoU antara Kuala Lumpur dan Jakarta,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini. 

Pada 6 Februari lepas, media melaporkan rundingan pengambilan dan kemasukan pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia yang dimulakan sejak 2017 masih gagal diselesaikan dalam tempoh terdekat manakala MoU yang dijadual dimeterai kedua-dua negara pada 8 Februari ditangguhkan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad