web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kertas Putih Kesihatan Dibentang November Ini - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 12:47PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu kertas putih kesihatan ke arah reformasi sistem kesihatan negara dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada November ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. 

Kertas putih itu bertujuan mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh agar perkhidmatan kesihatan lebih saksama, berkualiti tinggi, mudah diakses dengan kos berpatutan dan mampan untuk jangka masa panjang, kata Khairy pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

“Kertas putih kesihatan adalah satu ikhtiar Kementerian Kesihatan untuk membuka hujah dan perbincangan bersama rakyat serta pihak berkepentingan mengenai sistem kesihatan negara yang memerlukan penambahbaikan yang mampan. Ia merupakan dokumen rasmi kerajaan yang akan menggariskan status semasa, jurang dan kekangan yang dihadapi. 

“Dokumen ini juga akan mengemukakan cadangan penyelesaian secara berfasa dari segi reformasi penyampaian perkhidmatan, pembiayaan, tadbir urus serta organisasi merangkumi tempoh 15 tahun,” katanya semasa menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera). 

Khairy berkata penyediaan kertas putih kesihatan itu akan mengambil kira hasil serta syor pelbagai kajian sistem kesihatan yang telah dilaksanakan dan pandangan pihak berkepentingan termasuk rakyat melalui sesi libat urus.

Menteri itu berkata untuk memastikan cadangan kertas putih itu kalis masa depan dan mendapat persetujuan bipartisan, ia juga perlu dibawa ke peringkat Dewan Negara serta cadangan kertas putih itu perlu dilaporkan kepada Jemaah Menteri dan Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Sebab itu saya putuskan proses ini mesti dibawa ke Dewan Negara dan Parlimen mendapat keputusan konsensus bipartisan. Hanya persetujuan bipartisan sahaja memastikan ini (kertas putih) akan menjadi satu dokumen, hala tuju, ikhtiar dan aspirasi bersama, tak kira kerajaan mana (memerintah) dan menteri siapa yang duduk di kerusi ini. 

“Saya cadangkan ia dilaporkan bukan saja kepada Jemaah Menteri, juga untuk Jawatankuasa Pilihan Khas agar milestone atau sasaran dicapai mengikut perancangan yang dikecapi semasa konsensus kertas putih ini disediakan,” katanya. 

Beliau berkata cadangan kertas putih itu mengambil kira aspek akses kesihatan di peringkat kebangsaan, tidak kira negeri dan wilayah. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad