web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Tampung Kekurangan RM17 Bilion Lunaskan Faedah Hutang 1MDB - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 5:03PM

Tengku Zafrul ketika sesi menjawab perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih perlu menampung kekurangan keperluan dana sebanyak RM17 bilion untuk melunaskan baki prinsipal dan faedah hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM38.8 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2039, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.   

Tengku Zafrul berkata kerajaan telah membuat bayaran faedah dan pinjaman 1MDB sebanyak RM13.31 bilion melalui Dana Akaun Amanah kementerian tersebut.

“Pada masa ini dana akaun amanah yang masih berbaki sebanyak RM15.76 bilion tidak mencukupi untuk melunaskan kesemua prinsipal hutang 1MDB,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Zafrul berkata kerajaan akan menerima dana penyelesaian sebanyak RM515 juta daripada AmBank serta baki jaminan pemulihan aset oleh Goldman Sachs sebanyak US$954 juta.

“Ini bermakna kerajaan masih perlu menampung kekurangan keperluan dana sebanyak RM17 bilion bagi tujuan pelunasan baki prinsipal dan faedah hutang 1MDB sebanyak RM38.8 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2039,” katanya.

Tengku Zafrul berkata dana awam pernah dan masih perlu digunakan untuk menanggung hutang 1MDB, sama ada dari segi bantuan langsung atau melalui dana pemulihan aset 1MDB.

“Berikutan masalah kewangan yang dihadapi 1MDB, kerajaan dari April 2017 hingga November 2021 telah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan berjumlah lebih RM10 bilion melalui kementerian dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bagi tujuan bayaran komitmen dan faedah hutang 1MDB,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus memastikan hutang 1MDB dibayar pada waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan berlaku keingkaran yang bakal memberi implikasi kepada ekonomi negara kerana hutang-hutang kerajaan dijamin oleh kerajaan melalui jaminan kerajaan dan surat sokongan.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan semula dana berkaitan 1MDB yang telah diseleweng sama ada melalui tindakan undang-undang mahupun rundingan penyelesaian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad