web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Penipuan Pembelian Dalam Talian, Rumah Terbengkalai Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 8:43AM

Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu berkaitan penipuan pembelian dalam talian dan tindakan kerajaan menangani rumah terbengkalai antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, dua soalan berkaitan penipuan pembelian dalam talian tersenarai antara 10 soalan utama pada sesi soal jawab hari ini yang akan dikemukakan oleh Su Keong Siong (PH-Kampar) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan).

Keong Siong dijadual mengajukan soalan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung statistik kes penipuan pembelian dalam talian dalam tempoh 2019 hingga 2021 dan langkah kerajaan membendung masalah berkenaan agar ia tidak menjejaskan kerancakan urus niaga bentuk baharu itu.

Sementara itu Dr Wan Azizah akan mengajukan soalan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berhubung jumlah kerugian terkini akibat aktiviti penipuan dalam talian dan media elektronik.

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) pula akan meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan tindakan kerajaan dalam isu rumah terbengkalai yang semakin meningkat dan langkah penyelesaian dalam menangani masalah rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang terbengkalai.

Selesai sesi tersebut, persidangan akan bersambung dengan sesi menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja melibatkan lapan kementerian, didahului dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik