web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerana Dadah, Abang Tikam Adik Kembar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 12:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam mati pasangan kembarnya di rumah sewa mereka di Kampung Seri Cheeding, Banting, Kuala Langat semalam.

Ketua Polis Kuala Langat, Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan selepas dia dibawa majikan si mati ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Kuala Langat pada pukul 10.45 malam.

Beliau berkata dalam kejadian semalam, polis menerima panggilan telefon daripada Hospital Banting yang memaklumkan telah menerima seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 6.58 petang, yang dibawa oleh majikannya ke hospital berkenaan.

Katanya si mati yang bekerja sebagai pekerja kebun sayur pada mulanya telah menghubungi majikannya bagi meminta bantuan untuk ke hospital, setelah dipercayai ditikam oleh kembarnya dalam satu pergaduhan.

“Majikannya itu kemudiannya telah ke rumah mangsa dan mendapati pekerjanya itu terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan berhampiran dengan rumahnya, dengan kesan darah pada baju, dan lelaki berkenaan masih bernyawa ketika itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata pekerja kebun yang mengalami kecederaan pada bahagian dada akibat tikaman senjata tajam itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Banting.

Beliau berkata siasatan mendapati pada pukul 4.30 petang semalam pasangan kembar itu bergaduh, dipercayai selepas si adik tidak mahu berkongsi dadah dipercayai syabu dengan abangnya, lalu dia dipercayai ditikam oleh abangnya itu dalam pergaduhan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad