web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kematian Baharu COVID-19 Menurun 3 Hari Berturut-Turut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 11:26AM

Sebanyak 70 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Perak merekodkan angka tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Selangor dan Johor. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kematian baharu akibat COVID-19 menunjukkan penurunan bagi tempoh tiga hari berturut-turut apabila mencatatkan 70 kes semalam.

Kes kematian direkodkan kelmarin mencecah tiga angka, iaitu 113 kes, manakala 79 lagi dilaporkan pada Selasa.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu mencakupi 19 yang dikategorikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 adalah 33,567 termasuk 6,974 BID.

Kematian tertinggi dilaporkan di Perak dengan 20 kes, diikuti Selangor (11), Johor (10), Kelantan (9), Kedah (7) dan Negeri Sembilan dan Sabah, masing-masing merekodkan empat kes.

Pahang pula melaporkan tiga kematian, manakala Perlis dan Terengganu mencatatkan satu kes di setiap negeri.

Laman sesawang sama memaklumkan, sebanyak 314,420 kes aktif dilaporkan dengan 302,242 atau 96.1 peratus menjalani kuarantin di rumah.

Individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) pula mencatatkan 3,039 atau 1.0 peratus orang.

Seramai 8,750 atau 2.8 peratus pesakit menjalani rawatan di hospital, manakala 389 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 229 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes sembuh dilaporkan semalam bertambah sebanyak 26,457 kes, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih daripada virus itu adalah 3,393,999 orang.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) pula menunjukkan, kes baharu COVID-19 merekodkan peningkatan dengan 30,787 kes semalam, berbanding 30,246 kes kelmarin.

Jumlah itu membabitkan 30,179 kes penularan tempatan dan 608 kes import.

Statistik berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus terbabit adalah 3,741,986 kes setakat ini. – Getaran, 11 Mac 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad