web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suami, Waris Dibenar Menemani Proses Kelahiran Jika Tepati Syarat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 4:23PM

Kebenaran untuk menemani isteri bersalin di hospital kerajaan adalah tertakluk kepada syarat dan situasi COVID-19. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suami atau waris terdekat dibenarkan untuk menemani isteri atau ahli keluarga ketika proses kelahiran di hospital kerajaan, namun harus menepati syarat ditetapkan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kebenaran itu sudah dikuatkuasakan sejak Oktober tahun lalu.

KKM berkata, garis panduan itu bersifat dinamik bergantung situasi COVID-19 semasa dan pelaksanaannya tertakluk kepada keadaan serta kapasiti atau kekangan tertentu di hospital.

Jelasnya, ia antara lain bagi memastikan aspek penjagaan rawatan dan keselamatan pesakit serta petugas kesihatan diutamakan.

“KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka golongan berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Berdasarkan syarat ditetapkan itu, suami atau ahli keluarga yang ingin menemani ibu hamil ketika proses bersalin di hospital, perlu melengkapkan vaksinasi COVID-19, iaitu 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer, Sinovac atau Astra Zeneca atau 28 hari selepas menerima imunisasi CanSino atau Johnson & Johnson.

Katanya, mereka turut perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 dalam tempoh 72 jam dan membawa keputusan itu ke hospital.

Menurut KKM, mereka juga boleh membeli kit ujian kendiri dan menjalani ujian pengesanan di tempat saringan disediakan di hospital. - Getaran, 10 Mac 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad