web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kluster Citrawarna Dikesan, 21 Individu Positif COVID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 6:17PM

Para peserta bermain Sape, alat muzik tradisional masyarakat Orang Ulu Sarawak pada persembahan malam penutup Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Tebingan Sungai Kuching, 27 Februari lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengesan kluster baru iaitu Kluster Citrawarna di daerah Kuching, setelah 21 individu disahkan positif COVID-19 sementara enam kes lagi masih belum diketahui.

JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan kluster ini bermula dari seorang lelaki warga tempatan berumur 45 tahun yang dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 27 Februari lepas di sebuah hospital swasta di sini.

“Kluster ini merupakan satu kluster komuniti melibatkan kes-kes yang terlibat secara langsung dengan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung selama empat hari bermula 24 Feb di Tebingan Kuching. Anggaran pengunjung adalah 50,000 orang,” menurut kenyataan itu.

Katanya 24 kes positif lain yang bukan dari kluster ini turut dikesan mempunyai pergerakan menghadiri program berkenaan.

Berikutan itu, jawatankuasa berkenaan menasihati orang ramai yang menghadiri program berkenaan untuk membuat saringan kendiri sekiranya mengalami sebarang gejala dan mengelakkan daripada menghadiri aktiviti perkumpulan ramai yang menyukarkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.

Sementara itu kenyataan JPBN turut menyatakan jumlah kes harian terbaharu di Sarawak dicatatkan sebanyak 1,727 dengan 13 daripadanya dikategorikan sebagai jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Dua kes kematian turut direkodkan melibatkan seorang lelaki berusia 72 tahun di Hospital Daerah Kapit dan seorang wanita berusia 60 tahun di Hospital Daerah Mukah. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran