web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peremitan Wang Ke Luar Negara, 'E-Testing' Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 8:42AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu kawalan selia peremitan wang ke luar negara khususnya oleh pekerja asing dan pelaksanaan ‘e-testing’ bagi mengambil ujian lesen memandu merupakan antara persoalan yang memerlukan jawapan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan mengenai mekanisme kawalan peremitan wang ke keluar negara yang mencecah RM40 bilion setiap tahun itu akan diajukan oleh Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) kepada Menteri Kewangan semasa sesi soal jawab.

Bagi soalan berkenaan bilakah ‘e-testing’ dapat dilaksanakan sepenuhnya untuk semua proses ujian lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta syarikat pembekal teknologi mana yang terpilih, akan ditanya oleh Loke Siew Fook (PH-Seremban) kepada Menteri Pengangkutan.

Turut tersenarai ialah soalan Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) yang meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah usaha baharu untuk mengurangkan kebergantungan beras import untuk penggunaan negara.

Menteri berkenaan juga perlu menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) yang mahu tahu langkah kementerian untuk mempertimbangkan imbuhan atau pampasan kepada negeri-negeri yang menjadi pengeluar utama padi negara.

Ia memandangkan negeri terbabit telah mengalami kos lepas perolehan hasil negeri dalam bentuk percukaian serta tanah di negeri terlibat tidak dapat dibangunkan dengan pembangunan komersial seperti negeri-negeri lain.

Selain itu, turut menuntut penjelasan ialah Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir (PH-Temerloh) yang meminta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan usaha kementerian mengawal pembalakan di Pahang daripada menjadi bencana seperti hujung tahun lepas.

Selesai sesi itu, Ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian menyambung semula sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad