web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Ke Fasa Peralihan Endemik COVID-19 Bermula 1 April

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 6:51PM

Fasa peralihan ke endemik ini merupakan 'exit strategy' untuk membolehkan rakyat Malaysia kembali kepada kehidupan yang hampir normal . - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula 1 April, negara memasuki Fasa Peralihan Endemik COVID-19 dan rakyat kembali kepada kehidupan hampir normal, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau memaklumkan, ia adalah fasa peralihan selepas rakyat bergelut dengan virus COVID-19 yang didakwa berasal Wuhan China sejak dua tahun lalu.

“Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara ke fasa endemik (sepenuhnya) yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya pada sidang media di Parlimen yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan meneliti syor daripada menteri kuartet.

Katanya, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di tempat awam walaupun negara memasuki fasa endemik nanti.

Menarik perhatian, beliau memaklumkan, premis perniagaan boleh beroperasi mengikut syarat lesen masing-masing.

“Ini bermakna rakyat boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam. Ada kedai, ada restoran yang bukan selama 24 jam, itu juga dibenarkan.

“Fasa peralihan ini tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat WHO,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, peraturan baharu itu juga terpakai kepada semua premis, terutama ketika Ramadan yang bakal menjelang April nanti.

“Sewaktu bulan Ramadan, kita tahu ramai bersahur di luar, di restoran jadi oleh kerana itu restoran dibenarkan buka sehingga 24 jam, tertakluk syarat lesen, maka ia mempermudahkan umat Islam untuk bersahur di restoran,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pendaftaran MySejahtera untuk kemasukan ke premis masih diwajibkan, namun dikecualikan bagi kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan ramai.

“Manakala, MYSJTrace pula diwajibkan untuk tempat tertutup dipenuhi tetamu, pengunjung,” kata Ismail Sabri. - Getaran, 8 Mac 2022.
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad