web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Antiviral Bagi Rawatan COVID-19, Paxloid Dijangka Diterima 2 Minggu Lagi - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 3:23PM

Molnupiravir antara ubat antiviral yang akan mula diterima dalam tempoh dua minggu lagi. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ubat antiviral bagi rawatan COVID-19 Paxlovid keluaran Pfizer, dijangka akan mula diterima dalam tempoh dua minggu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata bagi perolehan fasa pertama antiviral itu, Malaysia telah membeli ubat itu untuk 110,000 pesakit, bagi diberikan kepada individu berisiko tinggi.

“Kalau kita dapati penggunaan ubat ini berkesan seperti maklumat yang telah kita terima, kita akan tambah pembelian ubat ini, Paxlovid daripada Pfizer.

“Ada dua lagi yang kita akan beli (iaitu) Molnupiravir dan satu lagi daripada AstraZeneca, tetapi belum dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Dialisis Tahunan kali ke-16 Yayasan Buah Pinggang Kebangsan (NKF) di sini hari ini.

Khairy ketika menyampaikan ucapan perasmian turut mencadangkan satu ciri baharu di aplikasi MySejahtera, yang membolehkan orang ramai berikrar untuk menjadi penderma organ.

Beliau berkata usaha itu perlu memandangkan negara kini berhadapan peningkatan pesakit penyakit buah pinggang kronik, manakala jumlah individu yang berikrar sebagai penderma organ semakin berkurang, malah Malaysia antara yang terendah di dunia.

“Saya akan cuba yang terbaik bagi dapatkan ikrar dan menjadikan ia lebih mudah untuk orang ramai ikrar untuk dermakan organ mereka ... Saya sedang cuba untuk MySejahtera menambah ‘butang’ supaya hanya dengan menekan butang tersebut dan berikrar menjadi menderma organ,” katanya.

Beliau berkata pada 2016, lebih 40,000 pesakit penyakit buah pinggang kronik yang bergantung kepada rawatan dialisis, dan berdasarkan unjuran sekiranya tren ini tidak dikurangkan, jumlah pesakit itu dijangka meningkat kepada 100,000 pesakit.

Khairy berkata langkah pencegahan dan pengesanan penyakit kronik menerusi saringan kesihatan juga perlu dibudayakan, oleh itu kerajaan telah melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) bagi membantu golongan itu membuat saringan kesihatan secara percuma.

Namun, beliau berkata daripada 5 juta individu yang layak menjalani saringan kesihatan di bawah PeKa B40, kurang 12 peratus individu telah membuat saringan kesihatan.

Sementara itu beliau berkata Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan apa-apa arahan atau syarat untuk pihak berkuasa tempatan (PBT), meletakkan syarat kepada peniaga pasar malam agar mendapatkan dos penggalak untuk menjalankan perniagaan.

“Ini bukan (bidang kuasa) KKM, KKM beri nasihat tetapi nasihat kita bukanlah sampai nak pergi pasar memerlukan booster, itu keputusan yang mesti ditanya pada PBT,” katanya ketika ditanya mengenai keputusan sebuah PBT meletakkan syarat sebagai keperluan bagi peniaga pasar malam. - Bernama

TAG: khairy jamaluddin, antiviral, COVID-19, dialisis, penderma, pasar malam

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja