web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


78 Kematian Baharu COVID-19, Sabah Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 10:55AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 78 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 22 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 33,106 dengan 6,830 daripadanya adalah kes BID.

Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 15 kes, diikuti Kedah (12), Johor (11), Selangor (10), Pulau Pinang (8), Perak (6), Pahang (4), Terengganu (3) manakala Negeri Sembilan, Sarawak dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes.

Sementara itu, Kelantan, Melaka dan Perlis pula satu kes di setiap negeri.

Tiada kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 6,779 kes aktif dilaporkan dengan 292,696 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,442 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 8,524 sedang menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 348 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 211 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 26,352 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 81,724 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 57,079 dos penggalak, 23,129 dos pertama dan 1,516 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,756,858 atau 78.9 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,953,291 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 5 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad