web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Undang-Undang Sekat Berita Palsu Tak Masuk Akal, Hina Organisasi Media

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 8:22AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketika kebebasan media untuk bersuara seharusnya diraikan, Malaysia dilihat seolah-olah mundur ke belakang apabila menguatkuasakan peraturan menghukum penyebaran berita palsu, khususnya berkaitan darurat dan pandemik COVID-19.

Undang-undang berkenaan disifatkan ramai sebagai tidak masuk akal, apatah lagi apabila membabitkan sejumlah denda yang begitu tinggi dan membebankan.

Dalam keadaan majoriti rakyat berdepan kemelut kewangan ekoran ancaman COVID-19, pelaksanaan peraturan baharu ini menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk kewajaran dan keberkesanannya.

Ahirudin Attan
Ahirudin Attan

Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), Datuk Ahirudin Attan ketika dihubungi Getaran berkata, beliau optimis peraturan yang baru dicipta itu tidak akan berhasil dalam membanteras berita palsu.

Kaedah terbaik dalam membasmi senario seumpama itu katanya, adalah dengan mendidik setiap wartawan untuk menghasilkan laporan yang berhemah, telus dan benar.

“Isu sekarang ini adalah melawan berita palsu dengan bersandarkan kepada fakta, bukan ‘auta’.

“Daripada tampil dengan keputusan tidak masuk akal, adalah lebih baik kerajaan memberi fokus kepada perkara yang tidak akan menyusahkan rakyat,” tegasnya.

Ahirudin yang mesra dengan panggilan Rocky turut mempersoalkan, apakah kerajaan juga boleh dianggap menyebarkan berita palsu sekiranya mana-mana pemimpin memberikan kenyataan yang bercanggah atau tidak benar.

“Logiknya, ada juga agensi kerajaan saling bercanggah dalam memberikan kenyataan, misalnya perkara membabitkan prosedur operasi standard (SOP) ketika pandemik, yang sering kelam kabut dan berubah-ubah.

“Apabila hal ini terjadi, apakah kerajaan akan sendiri akan menyaman sesama mereka kerana info yang tidak lengkap atau kesalahan maklumat?” katanya.

A. Kadir Jasin
A. Kadir Jasin

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin pula dengan sinis meminta kerajaan untuk tidak menjadikan Malaysia seperti Myanmar, yang memiliki undang-undang khas bagi menyekat penyebaran berita palsu.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sila jangan jadikan Malaysia macam Myanmar.

“Tak wajar membuat undang-undang baharu semata-mata untuk menyekat penyebaran berita palsu kerana sudah ada akta yang memadai untuk mengawal perkara seumpama itu,” katanya.

Penguatkuasaan undang-undang baharu tanpa pembentangan di Parlimen ini katanya, dibimbangi akan menjadikan Malaysia saling tak tumpah dengan pemerintahan ala tentera di Myanmar.

“Undang-undang berita palsu ini sebenarnya dicipta untuk menyekat rakyat dari membincangkan janji-janji palsu (pemimpin),” katanya.

Sementara itu, wartawan veteran, Frankie D’Cruz dipetik The Vibes sebagai berkata, undang-undang berkenaan sebagai satu penghinaan kepada organisasi media secara keseluruhan.

“Undang-undang tersebut seolah-olah menghina tugas sebagai pengamal media, malah ia dilihat sebagai alat untuk memenuhi keperluan dan kehendak kerajaan,” katanya.

Frankie yang pernah memenangi beberapa anugerah kewartawanan itu juga berkata, keputusan dibuat kerajaan PN seolah-olah merosakkan sistem demokrasi negara.

Akta yang berkuatkuasa pada Jumaat lalu itu menetapkan, sebarang penerbitan atau pengeluaran kandungan palsu berkenaan pandemik atau perintah darurat dianggap sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang.

Bidang kuasa ordinan ini juga difahamkan, akan diperluas ke atas mana-mana individu tanpa mengira kerakyatan, selaras dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Persekutuan Kerajaan. – Getaran, 16 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar