web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


NGO Kecam Timbalan Ketua Menteri, 2 Ahli DAP Provokasi Umat Islam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 8:10PM

Wakil kepada NGO Islam Pulau Pinang menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Sulit kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd Tabien di Komtar, Georgetown, Pulau Pinang hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pinang hari ini menganjurkan demonstrasi bagi mengecam tindakan Timbalan Ketua Menteri 2 negeri itu, P Ramasamy dan dua ahli politik DAP yang didakwa melakukan provokasi terhadap umat Islam.

Kumpulan NGO Islam disertai 50 orang itu berarak kira-kira 150 meter dari Masjid Simpang Enam ke Komtar di sini selepas menunaikan solat Jumaat untuk menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan negeri.

Antara NGO terbabit adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Persatuan Surplus Pulau Pinang dan Persatuan Melayu Pulau Pinang.

Jurucakap gabungan NGO Islam Pulau Pinang, Ahmad Yakqub Nazri, berkata himpunan dan penyerahan memorandum itu adalah bagi menyatakan solidariti terhadap kenyataan tiga individu terbabit yang mendakwa tiga anak kepada seorang wanita berbangsa Cina tetapi beragama Hindu, Loh Siew Hong diculik serta dipaksa memeluk Islam.

“Kami menghormati dan tidak mempertikaikan keputusan mahkamah, tetapi kami tidak setuju dengan kenyataan tiga ahli politik DAP yang mendakwa kanak-kanak itu diculik dan dipaksa memeluk Islam.

“Mereka ini bertindak seolah-olah mahu membakar api kebencian terhadap Islam, sehinggakan ramai yang mengecam Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan agama Islam itu sendiri,” katanya.

Memorandum itu diterima Setiausaha Sulit kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd Tabien Sahri.

Kandungan memorandum itu antaranya mendesak Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman selaku Exco Hal Ehwal Islam membawa perkara berkenaan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, supaya ia dibincangkan Majlis Raja-Raja.

Ahmad Zakiyuddin juga didesak supaya mengarahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang memantau dan menjaga kebajikan tiga adik beradik itu, khususnya dalam aspek keselamatan serta memberi akses pendidikan Islam sempurna kepada mereka.

Pada Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan habeas corpus Siew Hong untuk mendapatkan tiga anaknya yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada 2019, Siew Hong mendapat hak penjagaan sementara tiga anaknya dan hak penjagaan penuh pada Disember tahun lalu.

Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis bagi meminta tiga anaknya dipulangkan, selepas didakwa ‘diculik’ dan dipaksa memeluk Islam oleh seorang pendakwah wanita dari sebuah NGO mualaf di Tasek Gelugor. - Getaran, 4 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad