web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


86 Kematian Baharu COVID-19, Johor Kekal Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 11:07AM

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini mencecah 33,028 dengan 6,808 daripadanya adalah kes BID - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 86 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 28 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 33,028 dengan 6,808 daripadanya adalah kes BID.

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Perak (11), Kedah (9), Melaka dan Sabah masing-masing tujuh manakala enam di Pahang dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Kelantan pula lima kes, Pulau Pinang dan Selangor masing-masing empat, Putrajaya (3), Perlis (2) manakala Sarawak dan Terengganu satu kes di setiap negeri.

Tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan dan Labuan.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 298,231 kes aktif dilaporkan dengan 286,097 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,457 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 8,322 sedang menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 355 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 208 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 27,629 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 96,621 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 71,281 dos penggalak, 23,871 dos pertama dan 1,469 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,755,241 atau 78.9 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,952,385 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 4 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 50 minit yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad