web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yayasan Vinod Sekhar Sumbang Dana RM1 Juta Bendung Kepupusan Harimau Malaya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 8:31AM

Vinod Sekhar berucap pada Majlis Sumbangan Selamatkan Harimau dan Habitatnya di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemburuan haram secara berleluasa di negara ini menjadi faktor utama menyebabkan Harimau Malaya semakin pupus apabila kumpulan terakhir spesis haiwan itu kini dilaporkan hanya kira-kira 150 ekor.

Lebih membimbangkan apabila jumlah haiwan itu yang direkodkan sebanyak 3,000 ekor pada 1950-an, berisiko pupus dalam hanya lima tahun jika tiada tindakan proaktif diambil untuk membendung aktiviti itu.

Justeru, atas dasar tanggungjawab untuk menyelamatkan Harimau Malaya, Yayasan Vinod Sekhar menghulurkan sumbangan bernilai RM1 juta kepada Persatuan Perlindungan Harimau (RIMAU), bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Vinod Sekhar
Vinod Sekhar

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRA Group, Datuk Dr Vinod Sekhar berkata, RIMAU adalah organisasi bukan kerajaan yang melaksanakan usaha gigih untuk pemeliharaan Harimau Malaya dan habitatnya.

“Yayasan Vinod Sekhar menyokong inisiatif murni RIMAU untuk melindungi spesies Harimau Malaya yang kini terancam,” katanya pada sidang media Majlis Sumbangan Selamatkan Harimau dan Habitatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, yayasan itu sebelum ini pernah menyumbang sejumlah RM300,000 bagi tujuan sama, iaitu membantu RIMAU menjalankan usaha memulihara haiwan berkenaan secara lebih agresif.

“Kami (yayasan) berharap, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu RIMAU dalam usaha mereka mendapatkan lebih ramai renjer dan peronda hutan bagi membendung aktiviti pemburuan haram.

“Harimau Malaya adalah lambang kebanggaan negara kita, justeru kami berharap melalui inisiatif ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepupusan haiwan berkenaan,” ujarnya.

Lara Ariffin
Lara Ariffin

Dalam pada itu, Presiden RIMAU, Lara Ariffin berkata, inisiatif dilaksanakan pihaknya adalah bagi mempamerkan keindahan hidupan liar dan kejadian alam semulajadi di Malaysia.

Katanya, komitmen itu juga sebagai mendidik masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu melindungi dan menyelamatkan Harimau Malaya.

“Sebagai rakyat yang mencintai negara, usaha sama ini pastinya dapat menyelamatkan warisan kita.

“Tindakan segera diambil dapat membantu usaha murni yang dilaksanakan RIMAU,” katanya.

Menurutnya, program seumpama itu akan diteruskan pada masa depan demi kelangsungan haiwan berkenaan.

“Semua pihak termasuk NGO lain turut memainkan peranan bagi mencapai matlamat membendung masalah ancaman harimau Malaya di Malaysia.

"Kami amat berharap lebih ramai pihak, sama ada individu perseorangan, badan korporat atau NGO tampil menyokong inisiatif ini,” katanya. - Getaran, 4 Mac 2022.

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran