web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bukit Aman Siasat Pelaburan Al Kahtifah Trust, Madinah Mining

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 11:02AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terhadap dua skim disyaki pelaburan tidak wujud yang dikenali sebagai Al Kahtifah Trust dan Madinah Mining.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat ini sebanyak 38 kertas siasatan dibuka membabitkan skim pelaburan Al Kahtifah Trust dengan kerugian sebanyak RM468,870 dan 28 kertas siasatan bagi skim pelaburan Madinah Mining melibatkan kerugian berjumlah RM343,282.

Menurutnya, siasatan mendapati kedua-dua skim pelaburan ini dikesan aktif sejak hujung tahun lepas dengan menggunakan platform media sosial untuk mencari pelabur.

“Pakej yang ditawarkan serendah RM500 dengan kadar keuntungan 100 peratus dalam tempoh satu hingga dua hari sahaja.

"Bagi meyakinkan pelabur, penganjur pelaburan ini mendakwa skim ditawarkan adalah patuh syariah dan mempunyai kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarudin berkata, siasatan terperinci berhubung skim pelaburan berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Katanya, orang ramai diingatkan supaya memberikan perhatian dan membuat semakan lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan terutama yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan serta mendapatkan maklumat lanjut dari sumber rasmi seperti 'semak mule' serta senarai amaran BNM, Suruhanjaya Sekuriti (EC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan.

Semalam, media tempatan melaporkan dua selebriti mendakwa nama mereka digunakan sindiket pelaburan tidak wujud dan sudah membuat lima laporan polis sejak awal tahun ini dengan terbaharu dibuat pada 25 Februari lepas di Balai Polis Kelana Jaya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran