web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Sekeluarga, Termasuk Warga Emas Rentung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 8:05PM

Kejadian kebakaran membabitkan dua buah rumah yang mengakibatkan tiga sekeluarga rentung di Kampung Bahagia Jaya, Sibu.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Bahagia Jaya di sini, malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa terbabit dikenal pasti sebagai Rasidah Suut, 80, Abdullah Bus, 64 dan Suriati Abdullah, 20.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.14 malam, sebelum menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dengan bantuan BBP Sibu ke lokasi kejadian.

“Ketiga-tiga mangsa terkorban dipercayai terperangkap di dalam rumah.

“Ketika ditemui ketiga-tiga mangsa berada berdekatan antara satu sama lain di dalam sebuah bilik berhampiran rumah kedua di bahagian belakang,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kesemua mayat mangsa yang dikeluarkan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Kebakaran membabitkan dua buah rumah kediaman jenis struktur tidak kekal setingkat.

“Rumah pertama terbakar 90 peratus, manakala rumah kedua musnah sepenuhnya,” ujarnya.

Ling Hii berkata, pasukan bomba menggunakan dua aliran 200 kaki dan empat nozel dengan mengambil air pili bomba bagi memadamkan kebakaran, sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.14 malam.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, bantuan segera berbentuk makanan kering, kelengkapan tidur dan peralatan dapur disalurkan kepada mangsa terbabit menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS).

“Saya akan menziarahi mangsa pada 18 Mac ini bagi menyampaikan bantuan tunai, termasuk menghulur bantuan bagi membina semula rumah mangsa,” katanya. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran