web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aset Bernilai AS$10 Juta Milik Bekas CEO, Dibeku - Azam Baki

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 5:00PM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan aset di dalam dan luar negara bernilai kira-kira AS$10 juta milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat televisyen bersatelit susulan pendedahan terbaharu dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Amerika Syarikat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata SPRM akan meneruskan usaha untuk mengesan dan membantu mengembalikan wang-wang yang berkaitan kepada negara.

“Buat masa ini, saya tidak boleh berkongsi nama-nama lain yang terlibat. Perkara lain yang akan terlibat dalam hal ini ialah kerjasama daripada Pejabat Peguam Negara untuk kita mendapatkan apa-apa keterangan daripada pihak di Amerika Syarikat,” katanya pada sidang media khas Op Power di ibu pejabat SPRM, di sini hari ini.

Isu berkaitan sebuah rumah di London dan nama bekas eksekutif kanan itu disebut oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc Tim Leissner pada perbicaraan di Amerika Syarikat dan mendakwa mereka mempunyai hubungan sejak 2003 hingga 2013 dan berakhir apabila Leissner berkahwin dengan selebriti Kimora Lee.

Selain itu, Azam berkata SPRM akan memanggil semula bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat televisyen bersatelit itu untuk memberi keterangan jika terdapat elemen dan perkembangan baharu.

"Kami akan memanggilnya jika terdapat keperluan dan akan memanggil individu-individu lain yang berkaitan," katanya.

Pada Khamis SPRM mengambil keterangan wanita terbabit selama sembilan jam bagi membantu siasatan berkaitan isu itu dan dia sekali lagi dipanggil semalam dan proses mengambil keterangan berlangsung selama tiga jam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan kes Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang didakwa terlibat dalam isu integriti, Azam berkata kertas siasatan telah siap dan dalam peringkat perbincangan bersama Pejabat Peguam Negera.

“Tindakan akan diambil terhadap kesemua mereka minggu hadapan,” katanya.

Pada 5 Februari, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu sebelum menyerbu dan merampas beberapa dokumen daripada Mara, Mara Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat pada 7 Februari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad