web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suhu Menjunam 0 Selsius, Gunung Kinabalu Dituruni Salji

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 3:38PM

Hajiri Sulumin menunjukkan salji yang melekat di bajunya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANAU - Tuah menyebelahi beberapa pendaki dan malim gunung apabila berjaya menyaksikan fenomena salji di Gunung Kinabalu, di sini, hari ini.

Malim gunung Hajiri Sulumin, 47, berkata, dalam kejadian jam 7.18 pagi itu, dia yang pertama kali melihat fenomena tersebut tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video untuk disimpan sebagai kenangan.

“Ketika itu saya berada di check point Sayat-Sayat, sudah tentu berasa teruja melihat salji turun dan berada di lengan baju.

“Rezeki melihat salji hari ini kerana ia hanya berlaku selama dua minit dan bukan semua orang berpeluang merasainya,” katanya yang sudah 11 tahun berkhidmat sebagai malim gunung bersama Via Ferrata Kinabalu.

Terdahulu, rakaman video berdurasi satu minit itu menyaksikan Hajiri turut teruja melihat salji berada di lengan bajunya.

Salji dilaporkan berlaku antara hentian Sayat-Sayat sehingga di KM8.72 Gunung Kinabalu.
Salji dilaporkan berlaku antara hentian Sayat-Sayat sehingga di KM8.72 Gunung Kinabalu.

Penolong Pengarah Taman Kinabalu, Justinus Guntabid ketika dihubungi berkata, kali akhir fenomena salji berlaku di Gunung Kinabalu ialah pada tahun 1993.

“Sepanjang tempoh itu, memang ada yang mendakwa salji turun di kawasan pendakian, tetapi ia dipercayai hanya proses pembekuan air. Kali ini nampak jelas pembentukan salji di antara kawasan Sayat-Sayat hingga ke Kilometer 8.72.

“Pada masa sama, rekod bacaan suhu di Panalaban pula antara 6.9 hingga 12.3 darjah Selsius sekitar jam 2 hingga 10 pagi tadi, bacaan yang lebih sejuk berbanding biasa,” katanya.

Justinus berkata, suhu dijangka lebih sejuk di kawasan puncak Gunung Kinabalu sekali gus menyumbang kepada pembentukan salji.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah menerusi kenyataan media menjelaskan, salji boleh terbentuk apabila suhu persekitaran berada pada tahap 0 darjah Selsius atau di bawah paras beku.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Helmi Abdullah
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Helmi Abdullah

“Ia bukan satu perkara mustahil (fenomena salji) berlaku di kawasan tinggi seperti puncak Gunung Kinabalu.

“Apabila suhu udara mencecah 0 darjah Selsius atau di bawah paras itu, salji boleh terbentuk dengan syarat ada kelembapan mencukupi,” katanya.

Menurutnya, dalam hal ini, biasanya angin bergerak perlahan atau tiada langsung, yang menyumbang kepada pembentukan salji. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja