web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Terengganu, Tindakan Kerajaan Negeri Dipersoal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 3:13PM

Sebuah kenderaan membawa penumpang yang terkandas meredah banjir di Jalan Kuala Berang selepas air melimpah di atas jalan raya ekoran hujan lebat semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelewatan kerajaan negeri Terengganu memindahkan mangsa banjir ke pusat penempatan sementara (PPS) atau memberi amaran awal bahawa banjir teruk akan berlaku terus menerima kritikan pelbagai pihak.

Terbaru, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali berkata, kerajaan negeri seharusnya lebih bersedia meskipun fenomena banjir kali ini dianggap luar biasa, kerana berlaku setelah berakhirnya selesai Monsun Timur Laut.

“Saya hairan mengapa tiada langsung siapsiaga kerajaan negeri memandangkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan ramalan kaji cuaca semenjak awal Februari lalu dan cuaca di Terengganu juga tidak seperti biasa.

“Kami dari AMK Terengganu merasa hal ini adalah satu tindakan culas kerajaan negeri yang membiarkan rakyat Terengganu berhempas pulas tanpa amaran,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri juga dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu banjir di negeri Terengganu.

“Umum mengetahui banjir di Pantai Timur adalah satu perkara normal namun sehingga sekarang tiada langkah proaktif dari pihak kerajaan negeri, walaupun Menteri Besar Terengganu telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Banjir Pusat,” ujarnya.

Wan Muhamad Haikal turut mendesak kerajaan negeri Terengganu supaya mengeluarkan garis panduan setiap kali rakyat berhadapan banjir, dengan mengeluarkan amaran sebulan lebih awal, selain mengemaskini maklumat tentang kaji cuaca di Terengganu memandangkan dunia sedang menghadapi perubahan iklim.

“Mana langkah persediaan yang dilaungkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini? Beliau dalam ucapannya sebelum ini berbicara tentang soal mitigasi bencana dengan mengawal penebangan hutan, membina terowong SMART, kota takungan pinggir sungai dan membangunkan sistem amaran berdasarkan kecerdasan buatan.

“Namun ternyata ia sekadar omongan kosong kerana sehingga sekarang rakyat Terengganu masih terperangkap dalam banjir akibat kelalaian kerajaan negeri,” katanya lagi.- Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja