web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisah Tragedi MH370, MH17 Diabadikan Azharuddin Menerusi Buku

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 9:18PM

Azharuddin bercakap di sesi pelancaran buku ‘Penerbangan Terakhir MH370 dan MH17’ di Pasar Seni di sini, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Selepas hampir lapan tahun berlalu, saya masih berkeinginan untuk mengetahui punca mengapa penerbangan MH370 menghilang tanpa jejak, malah jauh di sudut hati, saya tertanya-tanya di mana lokasi sebenar pesawat itu,”

Demikian luahan mantan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berhubung kehilangan pesawat malang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika insiden itu yang kekal misteri sehingga kini.

Berkongsi pengalaman mengendalikan tragedi penerbangan terbesar dalam sejarah dunia itu, beliau berkata kehilangan MH370 adalah pengalaman pahit amat sukar dilupakan sepanjang menerajui (DCA) sejak tahun 2007 sehingga 2018.

“Secara peribadi, meskipun ia pengalaman pahit, kes MH370 perlu dikendalikan dengan telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran buku hasil tulisannya berjudul ‘Penerbangan Terakhir MH370 dan MH17’ di Pasar Seni di sini, hari ini.

Azharuddin berkata, idea untuk menghasilkan naskah itu tercetus selepas hampir setiap hari beliau disoal keluarga, kenalan dan pelbagai pihak berhubung kisah di sebalik tragedi terbabit.

Justeru, katanya, sebaik menamatkan kerjaya pada tahun 2018, beliau nekad mencoret segala pengalamannya mengendalikan kes MH370 dan MH17 menerusi buku itu bukan sahaja sebagai berkongsi cerita dengan masyarakat, malah untuk dijadikan kenangan peribadi.

“Apabila bertemu mana-mana individu, itulah soalan yang ‘wajib’ diajukan mereka, tak kira saudara-mara, rakan, kenalan mahu pun orang awam.

“Jadi saya fikir, elok jika dibukukan pengalaman saya mengendalikan kedua-dua tragedi tersebut supaya orang ramai boleh mengetahui kisah di sebalik nahas itu,” katanya.

Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Di sebalik tragedi hampir lapan tahun itu, pelbagai teori, konspirasi dan dakwaan melatarinya, termasuk dikatakan terhempas di Lautan Hindi berdasarkan siasatan pelbagai pihak.

Teori itu turut diperkukuhkan dengan penemuan beberapa serpihan yang disahkan milik pesawat MH370.

Bagaimanapun, antara perkara tidak mungkin pudar dari ingatan seluruh rakyat Malaysia adalah kata-kata terakhir juruterbang pesawat itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah sebelum pesawat terbabit dilaporkan hilang, seolah-olah membayangkan ia adalah ucapan terakhir beliau, anak kapal dan penumpang sebelum meninggalkan tanah air.

“Good Night, Malaysian Three Seven Zero,” katanya dari kokpit kepada pegawai menara kawalan udara,” katanya.

Manakala, pesawat MH17 ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Tragedi itu menyebabkan kesemua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda dan anak kapal terbunuh.

Penumpang lain membabitkan rakyat Malaysia, Australia, Britain dan Indonesia. - Getaran, 27 Februari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 minit yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar