web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


9 Rakyat Malaysia Bersama 2 Tanggungan Selamat Tiba Di Poland - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 9:37AM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka dan seorang warga Singapura yang dibawa keluar dari Kyiv, Ukraine selamat tiba di Poland awal pagi tadi dan disambut dua pegawai Kedutaan Besar Malaysia di negara itu.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi ciapan di Twitter memaklumkan konvoi tersebut yang diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ukraine Fadhilah Daud kini sedang menuju ke ibu kota Poland.

“Mereka sedang menuju ke Warsaw pada waktu ini dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat,” katanya.

Sementara itu, Wisma Putra menerusi hantaran di Twitter memaklumkan konvoi itu selamat tiba di sempadan Korczowa-Krakovets pada pukul 5.45 pagi waktu Malaysia (10.45 malam, 26 Feb waktu tempatan).

“Wisma Putra sentiasa berhubung dengan pegawai kedutaan mengenai lokasi, keselamatan dan konvoi yang mengiringi mereka,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata pemindahan baki rakyat Malaysia di Ukraine sedang giat dilakukan manakala 13 rakyat Malaysia telah meninggalkan negara itu dalam tempoh beberapa minggu lepas berikutan keadaan tidak menentu di rantau itu.

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine.

Susulan itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Ukraine juga telah mengumumkan penutupan ruang udaranya untuk kegunaan awam, kerana ‘berisiko tinggi’ kepada penerbangan awam.

Difahamkan, pelan pemindahan untuk rakyat Malaysia adalah menerusi jalan darat ke Poland, yang meliputi perjalanan 782 kilometer. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Lawatan Presiden Poland Signifikan Untuk Perkukuh Hubungan 2 Hala - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Laporan Krisis Ukraine, Pengangguran Di AS Menang Hadiah Pulitzer

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Konflik Sudan: Thailand Sedang Buat Persiapan Untuk Pindahkan Rakyatnya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam