web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Katil PKRC, Kes COVID-19 Bertambah Jika Gagal Patuh SOP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 3:24PM

Kementerian Kesihatan telah mengaktifkan semula operasi PKRC MAEPS, Serdang mulai hari ini bagi pemantauan kes COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) akan bertambah sekiranya orang ramai masih leka dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan sebaik mungkin.

Pakar Virologi Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazlina Ibrahim berkata, jumlah kes COVID-19 yang mencecah 30 ribu ketika ini, menimbulkan kemungkinan ia meningkat tiga kali ganda disebabkan varian sangat mudah berjangkit, Omicron.

Dr Nazlina Ibrahim
Dr Nazlina Ibrahim

Ujarnya, walaupun majoriti kes positif direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan pesakit daripada kategori 1, iaitu tidak bergejala dan kategori 2 (bergejala ringan), kebarangkalian untuk pesakit tersebut berada dalam kategori tiga, empat dan lima adalah tinggi.

“Jadi sebagai persediaan, kerajaan sudah menempatkan katil di MAEPS bagi memantau pesakit bergejala teruk.

“Sekurang-kurangnya pesakit tidak perlu ke hospital dan boleh dipantau serta diberikan perhatian lebih, terutama mereka yang tidak mempunyai penyakit kronik, seperti sakit jantung, kencing manis serta sebagainya,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Semalam, kerajaan membuat keputusan untuk membuka semula PKRC Bersepadu di MAEPS bermula hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pembukaan semula PKRC itu bukanlah kerana katil di hospital tidak mencukupi, tetapi sebagai langkah pencegahan dan memastikan sistem kesihatan negara lebih mampan.

Dr Nazlina memaklumkan, meskipun Khairy mengumumkan kontak rapat yang sudah menerima dos penggalak dan tidak bergejala tidak perlu dikuarantin mulai 1 Mac, tetapi ia bukan petanda Malaysia bebas daripada virus didakwa berasal dari Wuhan, China itu. 

“Walaupun sekarang sudah tiada tindakan tegas diambil bagi mereka melanggar SOP, rakyat perlu ingat, kita masih belum bebas dan masih tidak mencapai liputan pengambilan vaksin 100 peratus,” katanya.

Mengulas mengenai individu menolak vaksin, Dr Nazlina berkata, golongan itu masih ramai walaupun semua sedia maklum, kesan jangkitan serius lebih mudah dialami mereka yang tidak mendapatkan imunisasi.

“Berbeza dengan orang mengambil vaksin yang mempunyai ketahanan sangat tinggi.

“Pada saya, orang ramai perlu melihat kepada data harian dan ambil kisah mengenai jumlah bilangan COVID-19. Kalau nampak kes semakin tinggi, kita kena tahu yang kita masih belum bebas,” tegasnya.

Terdahulu, Khairy memaklumkan, individu yang menjadi kontak rapat tidak perlu menjalani kuarantin, tetapi masih perlu melakukan ujian kendiri (RTK) pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir mereka terdedah dengan kes positif COVID-19.

Katanya, sekiranya hasil ujian itu negatif, individu boleh melakukan urusan seperti biasa, manakala mereka yang positif, perlu melaporkan dalam aplikasi MySejahtera serta menjalani tempoh isolasi.

Bagi individu lengkap dos vaksin dan belum menerima dos penggalak pula, mereka perlu menjalani kuarantin dalam tempoh lima hari. - Getaran, 25 Februari 2022.
 

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja