web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Catat Kes Baharu COVID-19 Tertinggi Semalam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 1:22PM

Sebanyak 32,070 kes COVID-19 dilaporkan semalam, sekali gus merekodkan pertambahan kes bagi tempoh 3 hari berturut-turut. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 meningkat ke paras tertinggi sejak pandemik itu melanda negara apabila mencatatkan 32,070 kes semalam, berbanding 31,199 kes.

Statistik itu turut menyaksikan negara merekodkan pertambahan kes bagi tempoh tiga hari berturut-turut. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes dilaporkan semalam, 31,861 membabitkan kes tempatan, iaitu 30,956 warga negara dan 906 bukan warga negara, manakala 209 kes import mencakupi 170 rakyat Malaysia serta 39 warga asing.

Menurutnya, angka itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 adalah 3,337,227 kes setakat ini.

Beliau berkata, bilangan kes sembuh direkodkan semalam adalah 23,332 yang menjadikan jumlah pesakit pulih daripada COVID-19 kini mencecah 3,018,172 atau 90.4 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan virus itu di negara ini.

“Sejumlah 327 pesakit COVID-19 dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 201 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Daripada keseluruhan kes semalam, 180 kes adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala dan 31,890 kes membabitkan pesakit dalam kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, KKM memaklumkan, sebanyak 46 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam.

Johor dan Kedah, masing-masing melaporkan lapan kes kematian, disusuli Pahang (7), Sabah (7), Selangor (6), Perak (3), Pulau Pinang (3), Terengganu (2), manakala Negeri Sembilan dan Kelantan merekodkan satu kes di setiap negeri. – Getaran, 25 Februari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi