web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Landa Indonesia, Gegaran Dirasai Hingga Ke Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 11:23AM

Kakitangan beberapa premis dan bangunan kerajaan diarah keluar selepas berlaku gegaran kesan gempa bumi di Sumatera, Indonesia hari ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat yang melanda kawasan utara Kepulauan Sumatera, Indonesia hari ini, bukan sahaja menggegarkan negara berkenaan, malah ‘menggoncang’ beberapa kawasan di Malaysia.

Berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), gegaran berukuran 6.2 pada skala Richter itu direkodkan pada jam 9.39 pagi (waktu Malaysia).

Menurutnya, gempa bumi itu berlaku pada jarak 76 kilometer dari barat laut Payakumbuh, Indonesia, membabitkan kedalaman 10 kilometer.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia, namun gegaran turut dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” kata kenyataan berkenaan.

Berdasarkan tinjauan di media sosial, warga maya turut mendakwa mereka merasai kesan gegaran tersebut, namun pada kekuatan kecil.

Di Putrajaya, kakitangan di beberapa premis diarah keluar dari pejabat dan hospital selepas merasai gegaran tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini tiada insiden dilaporkan berlaku akibat gegaran berkenaan. - Getaran, 25 Februari 2022
 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad