web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masyarakat Antarabangsa Perlu Nyata Pendirian Terhadap Tindakan Rusia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 8:24AM

Seorang ahli perkhidmatan Ukraine berjalan di sepanjang parit pada kedudukan di barisan hadapan dengan pemisah yang disokong Rusia berhampiran penempatan Troitske. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masyarakat antarabangsa mesti mengambil pendirian terhadap tindakan Rusia mengiktiraf dua wilayah Ukraine iaitu Luhansk dan Donetsk.

Kedutaan Ukraine di Malaysia menerusi kenyataannya kepada Bernama menyatakan, perkara ini bukan lagi sekadar isu Ukraine atau Rusia tetapi menegaskan ia sekarang berkisar kepada dua perkara: undang-undang antarabangsa atau ‘lawlessness’.

“Ukraine mengutuk keputusan Persekutuan Rusia mengiktiraf ‘kemerdekaan’ separa entiti yang diwujudkannya di wilayah Ukraine yang didudukinya sementara, dikenali sebagai ‘Republik Rakyat Luhansk’ dan ‘Republik Rakyat Donetsk’,” menurut kenyataan itu.

“Dunia dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres amat jelas (mengenai perkara ini).

“Rusia terang-terangan menafikan norma dan prinsip asas undang-undang antarabangsa serta Piagam PBB dengan mencabuli kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine.

“Tentera Rusia di Ukraine bukan anggota pengaman, mereka adalah penjajah,” menurut kenyataan itu.

Pada lewat Isnin, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan pengiktirafan Luhansk dan Donetsk, dua wilayah di Ukraine.

Selepas itu, beliau mengarahkan penghantaran tentera Rusia untuk ‘memastikan keamanan’ di wilayah berkenaan.

Pengumuman itu mencetuskan kecaman antarabangsa, dengan negara Barat mula mengenakan beberapa sekatan lebih ketat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Kukuhkan Pemusatan ASEAN, Tingkat Hubungan Dengan Rusia Dan Selatan Global

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Serangan Pengganas Di Moscow: PM Zahir Rasa Simpati

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Putin, Filem Biografi Yang Belum Pernah Diterbitkan 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bila Iman Teguh Di Dada...

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran