web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Hospital Pengajar UniSZA Dijangka Alami Kelewatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 1:37PM

Naib Canselor UniSZA (Menjalankan Fungsi) Profesor Dr Fadzli Adam berkata kelewatan operasi hospital pengajar tidak dapat dielakkan kerana melibatkan beberapa faktor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Operasi Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Nerus dijangka mengalami kelewatan, dan tidak dapat dimulakan mengikut jadual asal iaitu pada April nanti.

Naib Canselor UniSZA (Menjalankan Fungsi), Profesor Dr Fadzli Adam, berkata kelewatan operasi tersebut tidak dapat dielakkan kerana melibatkan beberapa faktor seperti proses penyediaan barangan dan peralatan di hospital yang rumit serta memakan masa.

“Bagaimanapun kelewatan ini tidak mengambil masa yang lama, mungkin beberapa bulan dari tarikh perancangan awal,” katanya selepas program bersama media di sini.

Menurut beliau, UniSZA kini sedang giat dalam membuat persediaan termasuk melengkapkan penjawatan kakitangan hospital.

Beliau berkata ketika ini lebih 50 peratus daripada 951 perjawatan sudah diisi sebagai persediaan operasi hospital berkenaan tidak lama lagi.

“Beberapa siri iklan pengambilan kakitangan akan dibuka selepas ini bagi melengkapkan baki kekosongan perjawatan yang diterima dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

Pembinaan hospital UniSZA setinggi enam tingkat yang memakan kos RM281 juta itu siap sepenuhnya pada 11 Disember lalu. - Getaran, 23 Februari 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar